/* remove this */

Laporan Kerosakan ICT

Mulai 16 Januari 2013, pihak sekolah boleh membuat laporan di portal STS. sila klik pada gambar.

Garis Panduan NBOS

Garis Panduan Pelaksanaan Rintis National Blue Ocean Strategy (NBOS) KPM

FROG VLE

Frog VLE adalah platform berteras cloud yang fleksibel dan boleh diakses dimana-mana jua dari luar kawasan sekolah

Join Channel Telegram PKGMT

Salah satu perkhidmatan sosial yang digunakan oleh PKG Masjid Tanah dalam menyampai dan menyebarkan maklumat kepada semua warga sekolah

Pembatalan Bayaran Interim Internet Sekolah

Pembayaran perkhidmatan internet mudah alih 4G berkelajuan tinggi (1bestarinet) telah dilaksanakan bagi sekolah yang telah mendapat capaian jalur lebar 4-10 Mbps. Oleh itu, dipohon pihak tuan untuk memastikan pembayaran interim bagi sekolah yang telah mendapat capaian tersebut, dibatalkan selaras dengan garis panduan pemasangan 1BestariNet yang telah diedarkan ke semua sekolah dalam bulan Januari 2012. Hal ini adalah untuk mengelakan pertindihan pembayaran antara interim internet sekolah dan 1BestariNet.

klik surat pembatalan pembayaran internet dan senarai sekolah yang telah dibayar

*sumber JPN Melaka

Penarafan SSQS

Tahniah diucapkan kepada semua sekolah ahli PKG Masjid Tanah kerana telah berjaya melengkapkan borang penarafan SSQS secara online mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Pihak BTPN Melaka dan PKG Masjid Tanah mengharapkan supaya semua sekolah mencapai sasaran yang telah ditetapkan iaitu 5 bintang.

*sila klik pada gambar untuk lebih besar

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 2012


Kami warga PKG Masjid Tanah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin

Status SSQS Terkini


Ini adalah status terkini pengisian data online SSQS pada 10 Ogos 2012. Diharap semua sekolah dapat melengkapkan pengisian ini secepat mungkin.

Tahniah diucapkan kepada sekolah yang telah berjaya menjawab semua soalan.

Sila klik gambar untuk lihat lebih besar.

Surat Siaran Cuti Ganti Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2012

Semua Pengetua / Guru Besar
Sekolah Menengah Dan Sekolah Rendah
Negeri Melaka
Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Melaka telah menerima Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 25 Tahun 2012. Sehubungan itu Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju memberi kemudahan Cuti Berganti pada 17 Ogos 2012 bagi tujuan keselesaan dan kemudahan kepada semua pihak untuk pulang menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang dijangkakan jatuh pada hari Ahad, 19 Ogos 2012 dan Kementerian Pelajaran Malaysia mencadangkan supaya tarikh cuti tersebut digantikan pada hari Sabtu, 22 September 2012.
Oleh itu, pihak sekolah yang ingin mengambil cuti berganti sempena Hari Raya Aidil Fitri hendaklah mengemukakan permohonan kepada Pengarah Pelajaran Melaka selaku pendaftar untuk kelulusan.
Segala pertanyaan mengenai perkara ini hendaklah dirujuk kepada Hj. Zubir bin Mohd Nor, Ketua Unit Perhubungan dan Pendaftaran pada talian 06-232 5636 atau 013-618889. Rujuk Surat Siaran Cuti Berganti Sempena Hari Raya Aidil Fitri Tahun 2012 Jabatan Pelajaran Melaka.
Sekian, terima kasih.

Notis Makluman Kerja-Kerja Migrasi Alatan ZOOM


Pihak kontraktor bagi projek 1BestariNet akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan alatan ZOOM bagi 2,300 sekolah yang telah mendapat perkhidmatan 1BestariNet (Bagi pemasangan sehingga 23 Julai 2012. Penyelenggaraan ini akan dijalankan secara berperingkat dan akan dimulakan pada 31 Julai 2012 sehingga 14 September 2012. Penyelenggaraan akan dilaksanakan secara ”remotely” dari Pusat Pengkalan Data YTL. Sekolah yang terlibat akan mengalami gangguan capaian internet selama 5 minit.  Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dinasihatkan untuk mengaktifkan ZOOM 24 jam selama tempoh migrasi. Jika terdapat sebarang masalah atau mengalami gangguan melebihi tempoh masa yang ditetapkan, pihak sekolah diminta menghubungi talian meja bantuan YTL di 018-7998787 atau emel kepada moesupport@ytlcomms.my.
Di atas segala kerjasama pihak puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

Semakan Pengauditan Kedua - Pembekalan Peralatan ICT Kaedah HP Multiseat 2012

         
 Untuk makluman, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang melaksanakan pengauditan kali kedua ke atas pembekalan ICT dengan kaedah HP Multiseat secara rundingan terus ke makmal komputer, pusat akses dan pra sekolah. 


          Tujuan pengauditan tersebut adalah untuk memastikan Syarikat Mutiara Smart Computing Sdn Bhd telah menyempurnakan kerja pemasangan di 30 buah sekola di Negeri Melaka yang terlibat mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Pengauditan ini akan dilaksanakan oleh pegawai-pegawai dari BTPN Melaka dalam tempoh 1hb Ogos hingga 7hb Ogos 2012.


          Bagi kawasan PKG Masjid Tanah, sekolah yang terlibat dalam pengauditan ini ialah SMK Ghafar Baba. Sebarang kemusykilan boleh dikemukakan kepada PKG Masjid Tanah.


Kerjasama dan perhatian tuan terhadap perkara ini amatlah dihargai.


Sekian, terima kasih.

Penarafan SSQS 2012

Untuk makluman, pengisian SSQS secara online bagi sekolah-sekolah di negeri Melaka akan bermula pada 01 – 18 Ogos 2012. Oleh yang demikian, di harap semua pihak sekolah-sekolah di kawasan PKG Masjid Tanah dapat bersedia dan bertindak melengkapkan pengisian tersebut di laman web SSQS supaya prestasi pencapaian bintang dapat di tingkatkan. Sila muaturun Borang dan Bilangan Responden yang terlibat pengisian SSQS di sini atau sini. Sila hubungi pihak PKG jika terdapat sebarang kesulitan.