/* remove this */

Laporan Kerosakan ICT

Mulai 16 Januari 2013, pihak sekolah boleh membuat laporan di portal STS. sila klik pada gambar.

Garis Panduan NBOS

Garis Panduan Pelaksanaan Rintis National Blue Ocean Strategy (NBOS) KPM

FROG VLE

Frog VLE adalah platform berteras cloud yang fleksibel dan boleh diakses dimana-mana jua dari luar kawasan sekolah

Join Channel Telegram PKGMT

Salah satu perkhidmatan sosial yang digunakan oleh PKG Masjid Tanah dalam menyampai dan menyebarkan maklumat kepada semua warga sekolah

1BestariNet

Memperkasakan generasi masa depan menerusi internet berkelajuan tinggi.

1BestariNet adalah projek inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Dalam projek ini, 10 000 sekolah di seluruh Malaysia akan dilengkapi akses Internet berkelajuan tinggi dan platform pembelajaran maya yang mengaplikasikan jaringan Internet berkelajuan tinggi serta akses kepada penyelesaian pendidikan bersepadu bertaraf dunia. Visi 1BestariNet adalah mengubah platform pendidikan di Malaysia serta merapatkan jurang digital di antara murid kawasan bandar dan luar bandar dengan menyediakanpendidikan berteras Internet yang berkualiti kepada semua rakyat Malaysia. Inisiatif kerajaan ini bakal menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang dilengkapi akses Internet mudah alih 4G dan VLE sedia ada di semua sekolah seluruh Malaysia


FROG VLE

Di bawah 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan di Internet menerusi Virtual Learning Environment (Frog VLE), yang boleh diakses di sekolah atau dimana-mana sahaja yang mempunyai capaian Internet.

Bagaimana komponen penyelesaian pendidikan ini dijalankan secara bersepadu?


Di Kawasan Sekolah: Akses dan Keselamatan


Sekolah-sekolah akan dilengkapi capaian Internet, membolehkan akses ke VLE yang bertaraf dunia. Ini merupakan sumbangan progresif ke arah pendidikan berteras teknologi Internet untuk pengajaran dan pembelajaran berkesan serta memudahkan pengurusan pentadbiran sekolah. Kandungan Internet juga ditapis secara terus di sekolah bagi menggalakkan persekitaran pembelajaran selamat, di mana akses murid ke laman web berunsur negatif akan disekat. Hanya laman web ilmiah yang disahkan oleh KPM akan disenarai putih dan dibenarkan melepasi tapisan kandungan.


Di Luar Kawasan Sekolah: Fleksibiliti dan Mobiliti





Frog VLE adalah platform berteras cloud yang fleksibel dan boleh diakses dimana-mana jua dari luar kawasan sekolah. Fail dan data yang disimpan di cloud boleh diakses dimana-mana sahaja dan bila-bila masa dengan capaian Internet. Malah, pengguna diberi akses percuma ke VLE setiap kali log masuk dari rangkaian Yes dengan ID log masuk VLE. Samada menggunakan rangkaian Yes atau Yes Hotspot tiada caj yang dikenakan bagi penggunaan VLE.

Keterangan lanjut berkaitan 1BestariNet dan Frog VLE, sila layari:

http://1bestarinet.net/


Latihan FROG VLE Fasa 1

Latihan FROG VLE akan bermula pada 20 September 2012 bertempat di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka. Terdapat 86 buah sekolah seluruh negeri Melaka terlibat dalam latihan fasa 1 ini.

Untuk sekolah kawasan PKG Masjid Tanah, empat buah sekolah telah terpilih iaitu :

  1. SK Bukit Beringin
  2. SK Sri Laksamana
  3. SMK Hang Kasturi
  4. SMK Sultan Alauddin
4 buah sekolah ini telah terpilih dalam Kumpulan 4 yang akan diadakan pada 11,12 dan 13 Oktober 2012. Sila hubungi pihak ICT, Jabatan Pelajaran Melaka untuk keterangan lanjut.

School Libraries

sila klik pada buku untuk baca

Pengagihan Emel ID dan Kata Laluan VLE


Rujukan surat KPM (KP(PMO-ICT) 100/03/01(82)

PELAKSANAAN PROJEK PERKHIDMATAN 1BESTARINET - 
PENGAGIHAN EMEL ID DAN KATA LALUAN SEKOLAH BAGI PELAKSANAAN PROGRAM VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (VLE).

Kementerian Pelajaran Malaysia sedang dalam usaha menyediakan perkhidmatan internet dan Virtual Learning Environment (VLE) di semua sekolah seluruh negara. Projek ini adalah dibawah EPP6 - E-Learning dan juga dikenali sebagai projek perkhidmatan 1BestariNet.

Untuk makluman, VLE adalah sebuah sistem pembelajaran berasaskan web yang mereplikasikan pembelajaran dunia sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvesional dengan kaedah maya. Program ini adalah bertujuan untuk menyediakan dan mengubah platform pendidikan di Malaysia melalui inisiatif ICT serta berfungsi untuk merapatkan jurang digital di antara pelajar kawasan bandar dan luar bandar.

Bersama ini disertakan emel ID dan kata laluan untuk pihak sekolah bagi tujuan penerimaan User ID dan Kata Laluan bagi mengakses VLE. Dimaklumkan juga bahawa semua maklumat berkaitan pelaksanaan Go Live Pack dan penggunaan dongle juga akan disalurkan melalui emel tersebut.

BIL
SEKOLAH
EMEL
1
SK MASJID TANAH
2
SK BUKIT BERINGIN
3
SK SRI LAKSAMANA
4
SK JERAM
5
SK RAMUAN CHINA KECIL
6
SK RAMUAN CHINA BESAR
7
SK SUNGAI JERNIH
8
SK TELOK BEREMBANG
9
SK DATUK TAMBICHIK KARIM
10
SK AYER LIMAU
11
SK RANTAU PANJANG
12
SK DURIAN DAUN (K)
13
SJK (C) SIN MIN
14
SJK (C) MASJID TANAH
15
SJK (T) LDG SG BARU
16
SMK GHAFAR BABA
17
SMK SULTAN ALAUDDIN
18
SMK HANG KASTURI
19
SMK SUNGAI UDANG
20
SMK LUBOK CHINA

Read 1 Malaysia



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan kerjasama Scholastic Malaysia akan melaksanakan Program Kem membaca 1Malaysia 2012 (KM1M 2012) dan READ2012 One Nation Reading Together. Oleh itu 100 sekolah di Melaka telah dipilih untuk menyertai program tersebut.

Untuk PKG Masjid Tanah, sebanyak 6 buah sekolah telah terpilih iaitu:

  1. SMK Ghafar Baba
  2. SMK Hang Kasturi
  3. SMK Sultan Alauddin
  4. SMK Lubok China
  5. SMK Sungai Udang
  6. SK Masjid Tanah (Integ)
Sekolah-sekolah yang terpilih hendaklah mendaftar di www.readtogether.com.my selewat-lewatnya pada 30 September 2012. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Shuhani Bin Hassan di talian 06-2324478 atau 012-3121544, Unit Pengurusan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka atau PKG Masjid Tanah.

Antara cadangan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan semasa program itu ialah:

Tarikh
Sekolah Rendah
Sekolah Menengah
22.10.2012
(Isnin)
Sesi Bercerita dan Pertandingan Mewarna
Pertandingan Pidato, Perbahasan/ Public Speaking/ Choral Speaking
23.10.2012
(Selasa)
      1.    10 minit bersama buku.
      2.    Projek Kitar Semula – contoh : Sayangi Bumi Kita.
24.10.2012
(Rabu)
Majlis Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia 2012
25.10.2012
(Khamis)
Jejak Maklumat & Majlis Penyampaian Hadiah
Klinik Membaca & Majlis Penyampaian Hadiah

Pihak sekolah juga boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti galakan membaca yang difikirkan
sesuai dengan kemampuan, kreativiti dan kesesuaian pendekatan dalam menarik minat
murid-murid untuk membaca, selain daripada aktiviti yang dicadangkan di atas.