/* remove this */

Laporan Kerosakan ICT

Mulai 16 Januari 2013, pihak sekolah boleh membuat laporan di portal STS. sila klik pada gambar.

Garis Panduan NBOS

Garis Panduan Pelaksanaan Rintis National Blue Ocean Strategy (NBOS) KPM

FROG VLE

Frog VLE adalah platform berteras cloud yang fleksibel dan boleh diakses dimana-mana jua dari luar kawasan sekolah

Join Channel Telegram PKGMT

Salah satu perkhidmatan sosial yang digunakan oleh PKG Masjid Tanah dalam menyampai dan menyebarkan maklumat kepada semua warga sekolah

Mesyuarat Profesionalisme Pentadbir Sekolah Ahli PKG Masjid Tanah 2012

Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Profesionalisme Pentadbir Sekolah Ahli PKG Masjid Tanah 2012 akan diadakan pada ketetapan berikut:

  • 31 Oktober 2012 (Rabu)
  • 8.30 pagi)
  • PKG Masjid Tanah
Sehubungan dengan ini, tuan/puan diundang untuk menghadiri mesyuarat tersebut.
Sebarang pertanyaan berkaitan dengan mesyuarat ini, sila hubungi 
Mohd Shaifullizan Bin Zainal Abidin (06-3844567)

Kerjasama tuan/puan dalam hal ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Admin PKGMT

Program Jejak Maklumat Sekolah Menengah Negeri Melaka 2012

Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka akan mengadakan pertandingan Jejak Maklumat sekolah menengah peringkat Negeri Melaka 2012. Tujuan diadakan pertandingan ini adalah sebagai satu aktiviti untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang pentingkan ilmu pengetahuan sepanjang hayat. Disamping itu sebagai aktiviti selepas pelajar menghadapi peperiksaan PMR.

Sehubungan dengan itu, Guru Pengiring beserta 3 orang pelajar tingkatan 3 SMK Ghafar Baba dan berjawatan pengawas pusat sumber sekolah hadir pada

     Tarikh  :  30 Oktober 2012 (Selasa)
     Masa   :  8.00 pagi - 2.00 petang
     Tempat:  Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka

Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Shuhani Bin Hassan di talian 012-3121544

Syarat-syarat penyertaan


  1. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar tingkatan 3 (2012) sahaja.
  2. Setiap sekolah terdiri daripada 3 orang pelajar sahaja dan mestilah berjawatan pengawas pusat sumber sekolah.
  3. Peserta hendaklah memakai pakaian sukan sekolah masing-masing.
  4. Setiap sekolah haruslah membawa bersama :
  • 1 biji bola ragbi
  • 2 bilah gunting
  • 2 bilah cutter
  • 2 botol gam
  • 2 botol air mineral kecil berisi pasir
  • 4 naskah akhbar (2 naskah bagi keluaran Oktober dan 2 naskah bagi keluaran bulan September)
  • Alat Tulis
Senarai sekolah menengah Negeri Melaka yang terlibat
  1. SM SAINS MUZAFFAR SHAH
  2. SMKA SULTAN MUHAMMAD
  3. SMK TINGGI MELAKA
  4. SMK GAJAH BERANG
  5. SMK MALIM
  6. SMK SERI TANJUNG
  7. SMK GHAFAR BABA
  8. SMK RAHMAT
  9. SMK DATO DOL SAID
  10. SMK NANING
  11. SMK SULTAN MANSOR SHAH
  12. SMK ISKANDAR SHAH
  13. SMK NYALAS
  14. SMK SELANDAR
  15. SMK SERI MAHKOTA
  16. SMK DANG ANUM
  17. SMKA SHARIFAH RODZIAH
  18. SMK TINGGI PEREMPUAN MELAKA
  19. SMK DATO' ABDUL RAHMAN YAAKOB
  20. SMK DATO' HAJI TALIB KARIM

Penilaian Tokoh Nilam Negeri Melaka 2012

Bahahian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Melaka dan Persatuan Perpustakaan Sekolah-sekolah Negeri Melaka (PUSTAKAM) akan menjalankan penilaian Pemilihan Tokoh NILAM Peringkat Negeri Melaka 2012 pada

    23 - 24 Oktober 2012 (Selasa dan Rabu)
    8.00 pagi - 5.00 petang
    Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka.

Berikut adalah senarai nama pelajar yang terpilih untuk sekolah ahli PKG Masjid Tanah

  1. JAMAL HAKIKI BIN SHAFIE (SMK LUBOK CHINA)
  2. SIVAGAMI A/P MANI (SMK LUBOK CHINA)
  3. MOHD NOOR AZHAR BIN MARZHUKI (SMK GHAFAR BABA)
  4. NOOR SYAZANA BINTI ABDUL LATIFF (SMK GHAFAR BABA)
  5. NUR SHAHINDAH BINTI RAHIM (SMK SULTAN ALAUDDIN)
  6. NUR ATHIRAH BINTI MD JANI (SK RAMUAN CHINA KECHIL)
  7. MUHAMMAD ZAHRIN HANAFI BIN ZAKARIA (SK DATUK TAMBICHIK KARIM)
  8. SOFIAH SRI NENG ALFIDA BINTI MANSUR (SK DATUK TAMBICHIK KARIM)
Sehubungan dengan itu, setiap sekolah dikehendaki menghantar seorang guru pengiring berdasarkan ketetapan di atas.

Sebaranag pertanyaan sila hubungi En. Shuhani Bin Hassan, Unit Pengurusan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka di talian 012-3121544.

Sekian Terima Kasih

Majlis Penyampaian Sumbangan Buku-Buku PSS Oleh Asia Foundation

Berhubung perkara diatas, Texa Instruments (TI) dengan kerjasama The Asia Foundation telah bermurah hati menyumbangkan buku-buku untuk Pusat Sumber Sekolah tuan/puan . Majlis tersebut akan diadakan seperti berikut:

      Tarikh    :    22 Oktober 2012 (Isnin)
      Masa     :    8.45 pagi
      Tempat  :    Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka.

Sekolah yang terpilih untuk Majlis Penyampaian ini ialah:


  1. SMK Ghafar Baba
  2. SMK Sultan Alauddin
  3. SMK Hang Kasturi
  4. SMK Lubok China
  5. SMK Sungai Udang
Sekian, Terima Kasih.


Penarafan iQ-PSS 2012 PKG Masjid Tanah

Tahniah diucapkan kepada semua sekolah ahli PKG Masjid Tanah kerana berjaya dalam penarafan iQ-PSS bagi Tahun 2012.


Status Penarafan Iqpss 2012


Pemeriksaan verifikasi SSQS 2012: BTP/BTPN-JNJK di SMK Sg Udang

SMK Sungai Udang adalah antara 19 buah sekolah seluruh Negeri Melaka yang terpilih untuk Pemeriksaan Verifikasi SSQS 2012 oleh pihak Bahagian Tekonologi Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka dan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.

Pemeriksaan tersebut telah diadakan pada 13 dan 14 September 2012 (Khamis dan Jumaat) dan dihadiri oleh Pn. Noor Lela Binti Omar (JNJK Putrajaya), En. Hishamuddin Bin Hashim (JNJK Kedah) dan 2 orang wakil PKG Masjid Tanah.

Pada 13 September 2012 (Khamis), pihak Nazir telah membuat pemeriksaan secara individu dan kumpulan terhadap beberapa orang murid, guru dan juga Tuan Pengetua, En. Omar bin Yusop. Keesokan harinya ialah pembentangan dapatan oleh pihak Nazir. 

Setinggi penghargaan diberikan kepada pihak sekolah kerana layanan dan kesediaan barisan pentadbir, guru dan murid untuk pemeriksaan verifikasi ini. Tahniah diucapkan.


sila klik untuk lebih gambar

Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL)2012

Dimaklumkan bahawa Institut Amiuddin Baki akan menganjurkan NPQEL di bawah Program Latihan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Akademik 2012. Program ini dilaksanakan dalam tempoh 5 bulan secara face to face dan juga e-learning. Ini membolehkan peserta menjalani kursus ini tanpa perlu memohon cuti belajar atau melepaskan jawatan hakiki yang disandang.

Pihak IAB akan membuka permohonan NPQEL bagi tahun 2013 mulai 26 September 2012 secara atas talian di http://www.iab.moe.gov.my/npqel. Ambilan bagi kursus ini akan dibuat sebanyak dua (2) kali setahun.

Sasaran peserta adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang sedang berkhidmat di;

  1. Sekolah.
  2. Pejabat Pelajaran Daerah.
  3. Jabatan Pelajaran Negeri dan;
  4. Bahagian-Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi terus urus setia di talian 03-6105 6137 / nikmarini@iab.edu.my atau di talian 03-6105 6296

Sila muaturun Surat Siaran dan juga syarat-syarat permohonan (Lampiran A) di sini

Pengumpulan Data NILAM 2012

Semua sekolah ahli PKG Masjid Tanah diminta untuk menghantar data analisa i-Nilam untuk tahun 2012 sehingga 30 September yang dicetak dari portal i-Nilam.

Analisis data yang sudah dicetak hendaklah disahkan oleh Pengetua atau Guru Besar sekolah masing-masing kemudian dihantar ke PKG Masjid Tanah selewat-lewatnya 19 Oktober2012 ( Jumaat ).

Sila rujuk di bawah data-data yang perlu dicetak dan dihantar.

1. Sila Log In di nilam.tarantula.my


2. klik pada 'Laporan Asas i-Nilam Peringkat Sekolah'


3. Sila pilih tahun semasa kemudian klik 'Ringkasan status perlaksanaan i-Nilam'

4. Print ringkasan tersebut kemudian minta pengesahan Pengetua / Guru Besar dan hantar ke PKG Masjid Tanah

Sila hubungi Mohd Shaifullizan Bin Zainal Abidin di talian 016-7868463 atau 06-3844567 sekiranya terdapat sebarang pertanyaan.

Sekian, terima kasih