/* remove this */

Laporan Kerosakan ICT

Mulai 16 Januari 2013, pihak sekolah boleh membuat laporan di portal STS. sila klik pada gambar.

Garis Panduan NBOS

Garis Panduan Pelaksanaan Rintis National Blue Ocean Strategy (NBOS) KPM

FROG VLE

Frog VLE adalah platform berteras cloud yang fleksibel dan boleh diakses dimana-mana jua dari luar kawasan sekolah

Join Channel Telegram PKGMT

Salah satu perkhidmatan sosial yang digunakan oleh PKG Masjid Tanah dalam menyampai dan menyebarkan maklumat kepada semua warga sekolah

Bengkel Kerja AKP (Juruteknik Komputer) bagi Program Pemantapan Profesion Guru (Rintis) Di Melaka

Sukacita dimaklumkan bahawa Bengkel Kerja AKP (Juruteknik Komputer FT17) Bagi Program Pemantapan Profesion Guru (Rintis) di Melaka akan diadakan seperti Ketetapan di bawah :

    Tarikh : 28,29 dan 30 November 2012 (Rabu-Jumaat)
    Tempat : Ancasa Allsuites Resort & Spa,
                  Batu 8 1/2, Jalan Pantai Teluk Kemang
                  Port Dickson.

Surat Panggilan telah difakskan ke pejabat sekolah masing-masing. Untuk makluman, pelaksanaan bengkel kerja ini telah dimaklumkan ke Jabatan Pelajaran Melaka.

Kerjasama tuan/puan di dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

sekian

muaturun surat panggilan di sini

Kajian Penyewaan Peralatan ICT KPM


Bahagian Teknologi Pendidikan sedang menjalankan kajian leasing(pajakan/sewaan) peralatan ICT ke BTP/BHG KPM/BTPN/PTPB/PKG/JPN/PPD/ SEKOLAH. Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan anda terhadap perkhidmatan peralatan ICT secara sewaan. Hasil maklum balas ini akan menjadi input untuk menambah baik inisiatif memanfaatkan penggunaan ICT berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Sehubungan itu, kerjasama anda melengkapkan soal selidik ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Panduan Untuk Menjawab Soal Selidik
1. Soal selidik ini hendaklah diisi dengan lengkap.
2. Soal selidik ini mengandungi empat bahagian seperti berikut:
3. Soalan yang bertanda dengan (*) adalah soalan wajib @ mandatori dan mesti dijawab.
Tarikh akhir kajian ini ialah pada atau sebelum 16 November 2012.
Segala kerjasama dari pihak tuan/puan didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Penyemakan Pembekalan dan Perisian MBMMBI Fasa 1 2011

Di minta pihak sekolah dapat mengisi maklumat mengenai MBMMBI dengan klik sini. Pihak sekolah tidak perlu mencetak, hanya isi secara online sahaja. Borang ini diminta dari pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memastikan penggunaan maksimum MBMMBI.

jika pihak sekolah ada membuat aduan kepada helpdesk, sila senaraikan tiket tersebut di sini.

Borang ini perlu dilengkapkan selewat-lewatnya pada 3.00 petang 07 November 2012.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Mohd Shaifullizan Bin Zainal Abidin di nombor  06-384 4567 atau 016-7868463

Kolokium Literasi Maklumat Sekolah Rendah Negeri Melaka 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka akan mengadakan Kolokium Literasi Maklumat Sekolah Rendah Negeri Melaka 2012. 
Sehubungan dengan itu diminta semua Guru Perpustakaan dan Media (GPM) dan Guru Penyelaras Pusat Sumber Sekolah (GPPSS) dapat hadir pada ketetapan berikut :

Tarikh        : 7 November 2012 (Rabu)
Masa         : 8.00 pagi hingga 1.30 petang
Tempat      : Rumah Media, Ayer Keroh, Melaka

Kerjasama tuan amatlah dihargai. Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Abu Bin Hj. Selihan di talian 019-6653221.

Sekian, 

Admin PKGMT