/* remove this */

Laporan Kerosakan ICT

Mulai 16 Januari 2013, pihak sekolah boleh membuat laporan di portal STS. sila klik pada gambar.

Garis Panduan NBOS

Garis Panduan Pelaksanaan Rintis National Blue Ocean Strategy (NBOS) KPM

FROG VLE

Frog VLE adalah platform berteras cloud yang fleksibel dan boleh diakses dimana-mana jua dari luar kawasan sekolah

Join Channel Telegram PKGMT

Salah satu perkhidmatan sosial yang digunakan oleh PKG Masjid Tanah dalam menyampai dan menyebarkan maklumat kepada semua warga sekolah

Siaran Penggal Persekolahan, Cuti Am dan Jadual Peperiksaan Utama 2013

     Sukacita dimaklumkan bahawa penggal persekolahan bagi sesi tahun 2013 akan bermula pada 1 Januari 2013 dan tamat pada 14 November 2013 bagi sekolah-sekolah Kumpulan A, manakala sekolah-sekolah Kumpulan B akan bermula pada 2 Januari 2013 dan tamat pada 15 November 2013. Perincian penggal persekolaha tahun 2013 bagi negeri-negeri KUmpulan A adalah seperti di Lampiran A dan bagi negeri-negeri Kumpulan B adalah seperti di Lamiran B. Jumlah hari persekolahan termasuk cuti am adalah sebanyak 205 hari, manakala jumlah cuti penggal adalah 84 hari.

 untuk memuaturun lampiran tersebut sila klik di sini

Bengkel Kerja AKP (Pembantu Tadbir Sambilan Harian) Fasa 2 Bagi Program Pemantapan Profesion Guru (Rintis)


Sukacita dimaklumkan bahawa Bengkel Kerja AKP (Pembantu Tadbir Sambilan Harian) Fasa 2 Bagi Program Pemantapan Profesion Guru (Rintis) di Melaka akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh       : 9, 10, 11 dan 12 Disember 2012 (Ahad-Rabu)
Tempat     : Corus Paradise Resort, Port Dickson
                   3.5 km, Jalan Pantai
                   71000 Port Dickson
                   Negeri Sembilan

Segala urusan berkaitan tuntutan perjalanan dan perbatuan adalah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM. Oleh itu, tuan/puan adalah dikehendaki membawa dokumen sokongan iaitu, salinan kad pengenalan, muka depan buku bank (no. akaun bank)., kad touch n go (jika guna) bagi urusan tuntutan perjalanan.

Surat panggilan akan difakskan ke pejabat sekolah masing-masing.
Sekolah yang terlibat :
1. SMK Sultan Alauddin
2, SMK Hang Kasturi
3. SK Masjid Tanah
4, SK Bukit Beringin
5. SK Datuk Tambichik Karim
6. SK Durian Daun (K)
7. SK Jeram
8. SK Telok Berembang
9. SK Rantau Panjang

muaturun surat panggilan di sini

Menyemak Keputusan PMR 2012


Keputusan PMR dijangka akan keluar dalam tempoh 20 Disember – 25 Disember 2012. Semakan boleh dibuat secara ONLINE mahupun secara SMS.

Untuk SEMAK KEPUTUSAN PMR SECARA ONLINE para ibu bapa bolehlah masuk terus ke link yang disediakan dan mengisi butiran-butiran yang diminta.


Untuk SEMAK KEPUTUSAN PMR SECARA SMS pula, para ubu bapa boleh mengikut araha dibawah ini.

-          Taip PMR [angka giliran] dan hantar ke 15888

-          Contoh : PMR BA011A077 hantar ke 15888

Bengkel Kerja AKP (Pembantu Tadbir Sambilan Harian) Fasa 1 Bagi Program Pemantapan Profesion Guru (Rintis)

Sukacita dimaklumkan bahawa Bengkel Kerja AKP (Pembantu Tadbir Sambilan Harian) Bagi Program Pemantapan Profesion Guru (Rintis) di Melaka akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh       : 2,3,4 dan 5 Disember 2012 (Ahad-Rabu)
Tempat     : Corus Paradise Resort, Port Dickson
                   3.5 km, Jalan Pantai
                   71000 Port Dickson
                   Negeri Sembilan

Segala urusan berkaitan tuntutan perjalanan dan perbatuan adalah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM. Oleh itu, tuan/puan adalah dikehendaki membawa dokumen sokongan iaitu, salinan kad pengenalan, muka depan buku bank (no. akaun bank)., kad touch n go (jika guna) bagi urusan tuntutan perjalanan.

Surat panggilan telah pun difakskan ke pejabat sekolah masing-masing.

muaturun surat panggilan di sini