/* remove this */

Laporan Kerosakan ICT

Mulai 16 Januari 2013, pihak sekolah boleh membuat laporan di portal STS. sila klik pada gambar.

Garis Panduan NBOS

Garis Panduan Pelaksanaan Rintis National Blue Ocean Strategy (NBOS) KPM

FROG VLE

Frog VLE adalah platform berteras cloud yang fleksibel dan boleh diakses dimana-mana jua dari luar kawasan sekolah

Join Channel Telegram PKGMT

Salah satu perkhidmatan sosial yang digunakan oleh PKG Masjid Tanah dalam menyampai dan menyebarkan maklumat kepada semua warga sekolah

SURAT SIARAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BIL. 21 TAHUN 2014 : PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH (SPS)

Kementerian Pendidikan MAlaysia (KPM) sedang memantapkan penggunaan satu sistem bersepadu dengan mengambilkira pengintegrasian data kepada satu data tunggal bagi murid, guru dan sekolah. Pengintegrasian ini merupakan satu usaha bagi meningkatkan mutu perkhidmatan KPM.

Sehubungan dengan itu, KPM memutuskan bahawa Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) akan dilaksanakan di semua sekolah seluruh negara bermula 1 Januari 2015 dan boleh diakses melalui alamat sps.moe.gov.my atau apps9.moe.gov.my/sps. Sistem-sistem lain yang sedia ada akan ditamatkan dari semasa-ke semasa setelah pengintegrasian selesai.

Dilampirkan Pekeliling dan Garis Panduan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah untuk rujukan dan tindakan selanjutnya.

*muat turun di laman Kementerian Pendidikan Malaysia di sini





Selamat Datang Kepada Kakitangan Baru PKG Masjid Tanah


Selamat datang kepada Pn. Nurlaila Binti Maarop, Pembantu Tadbir PKG Masjid Tanah, Melaka. Beliau telah melapor diri di PKG Masjid Tanah pada 01 Disember 2014. Sebelum ini beliau telah berkhidmat di Kolej Vokasional Muar, Johor. Diharap dengan kehadiran beliau dapat membantu meningkatkan lagi prestasi PKG Masjid Tanah. Diharap beliau maju jaya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai kakitangan di PKG Masjid Tanah ini.

Taklimat Profesional Pentadbir Sekolah Ahli PKG Masjid Tanah Bil. 2/2014

Satu taklimat telah diadakan di PKG Masjid Tanah untuk semua pentadbir sekolah ahli. Taklimat ini telah dilaksanakan pada 21 Oktober 2014 (Selasa) di Bilik Mesyuarat, PKG Masjid Tanah. Taklimat ini telah dihadiri Pengetua, Guru Besar sekolah ahli PKG Masjid Tanah. Terdapat juga wakil yang hadir berikutan Pengetua dan Guru Besar mempunyai hal-hal yang lebih memerlukan. Taklimat ini dipengerusikan oleh En. Mohd Shaifullizan Bin Zainal Abidin, Ketua PKG Masjid Tanah. Antara agenda taklimat ini adalah pembentangan laporan PKG Tahun 2014. Kemudian diikuti oleh isu dan cabaran dalan pembestarian masa kini. Turut disentuh adalah VLE dan SPS yang menjadi KPI kepada Pengarah dan KPPM. Pelbagai persoalan dan pandangan telah diutarakan dalam sama-sama menjayakan pelbagai agenda Kementerian Pendidikan Malaysia. Taklimat ini ditamatkan pada jam 5.00 petang.





Khidmat Bantu Bersepadu ICT PKG Masjid Tanah - SMK Ghafar Baba

Pada 14 hingga 16 Oktober 2014, Pihak PKG Masjid Tanah dengan kerjasama BTPN Melaka telah mengadakan khidmat bantu ICT di SMK Ghafar Baba. Khidmat Bantu ini diketuai oleh Unit ICT BTPN Melaka, Pn. Zanariah bt Ali. Juruteknik yang terlibat ialah:

Mohd Rehan Bin Jahaya (PKG Masjid Tanah)
Mohd Firdaus Bin Abu Hussain (SMK Hang Kasturi)
Zulkifly Bin Mesuan (SK Sri Laksamana)
Mahdatul Annur Binti Amzah (SK Masjid Tanah)
Mohd Hazman Bin Harun (SMK Rahmat)
Mohd Nazri Bin Othman (SMK Tun Hj Abdul Malek)
Nurulfaeza Binti Yusof (SMK Ghafar Baba)
Abdul Rashid Bin Md Jais (SK Demang Taha)
Siti Fatin Binti Idris (SMK Sultan Alauddin)
Rasidah Binti Ab Jani (SMK Sungai Udang)
Norhafidz Bin Mohammad (SK Telok Berembang)
Wizani Bin Md Ali (SMK Lubok China)
Nur Shamimi Hasni Binti Mohd Rusni (SK Datuk Tambichik Karim)


Khidmat bantu ini bertujuan untuk membuat rangkaian LAN dan WiFi di seluruh sekolah.



*klik sini untuk gambar lain

Kami bagi pihak BTPN Melaka dan PKG Masjid Tanah mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua Juruteknik Komputer yang terlibat di dalam khidmat bantu ini.Tidak lupa juga pada warga SMK Ghafar Baba yang banyak membantu melancarkan program ini.


Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) Modul Kedatangan Murid 2014



Modul Kedatangan Murid dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) akan digunapakai di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bermula pada 1 Oktober 2014. Untuk itu persiapan dan persediaan teliti harus dilaksanakan agar program ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur.

Dilampirkan bahan-bahan yang didapati semasa Taklimat SPS di ILP Bukit Katil untuk rujukan tuan/puan.

*muat turun di sini - Bahan Taklimat SPS

Garis Panduan Pelaksanaan Rintis NBOS KPM 2014

Berikut adalah Panduan Pelaksanaan Rintis NBOS KPM 2014 yang boleh dimuat turun oleh pihak sekolah.

*klik pada gambar untuk muat turun



SELAMAT HARI GURU 2014

Kami warga PKG Masjid Tanah mengucapkan SELAMAT HARI GURU 2014 kepada semua guru di sekolah, PPD, PKG, JPN, BTPN, BTP, KPM dan juga kepada bekas-bekas guru seluruh Malaysia.


Keselamatan Dan Persekitaran Peralatan ICT Sekolah-Sekolah KPM

Untuk makluman tuan/puan, semua agensi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) termasuk sekolah perlu mematuhi Pekeliling ICT Bil. 1 Tahun 2012: Dasar Keselamatan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (DKICT) KPM yang menetapkan dalam Perkara 9 - Keselamatan Dan Persekitaran supaya menempatkan atau melindungi peralatan untuk mengurangkan risiko ancaman persekitaran dan bencana alam serta peluang-peluang akses yang tidak dibenarkan.

Oleh itu, risiko ancaman persekitaran seperti makhluk perosak adalah serius dan perlu diberi perhatian oleh pihak sekolah untuk mengurangkan kejadian peralatan ICT yang rosak disebabkan makhluk perosak. Pihak sekolah adalah bertanggungjawab untuk mengambil tindakan mengurangkan risiko ancaman makhluk perosak seperti pest control terhadap persekitaran peralatan ICT di sekolah masing-masing.


Tema Sambutan Hari Guru Kali Ke-43 Tahun 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia pada 2 April 2014 telah bersetuju memilih tema bagi Sambutan Hari Guru Kali Ke - 43 Thaun 2014 seperti berikut:

"GURU: PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI"

Huraian:
  1. DEFINISI:
    1. GURU - Kata GURU merangkumi semua pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang  menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara.
    2. PENCETUS - Merujuk maksud peranan untuk menimbulkan sesuatu ilham/idea atau mengeluarkan sesuatu seperti ilmu. Guru bertindak sebagai pencetus idea kepada kreativiti dalam usaha melahirkan generasi intelek.
    3. KREATIVITI - Didefinisikan sebagai penghasilan idea, kebolehan untuk mencipta atau proses pemikiran yang mendorong dalam pencetusan idea baru dan berdaya kreatif.
    4. PENJANA - MErujuk maksud guru sebagai penggerak atau perantara yang paling penting dalam proses transformasi ke arah keberhasilan.
    5. INOVASI - Didefinisikan sebagai pengaplikasian kreativiti, pembaharuan, modifikasi, kaedah dan sistem bagi mencari jalan untuk menghasilkan produk baru dan perkhidmatan yang lebih baik, bermakna dan bernilai.
  2. HURAIAN:
    1. Tema hari guru Tahun 2014 dicadangkan iaitu Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovatif adalah selaras dengan transformasi pendidikan ke arah membangunkan kemahiran abad ke-21 iaitu berfikiran kritis dan kreatif serta menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seimbang seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.
    2. Sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastiikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya agar menjadi generasi gemilang iaitu berpengetahuan dan berkemahiran, pemikiran kritis, kreatif dan inovatif., kemahiran memimpin, memiliki sahsiah dan nilai serta semangat identiti nasional. Hal ini sangat relevan dalam PPPM yang terus mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk pendidikan seimbang sebagai asas anspirasi setiap murid.
    3. Guru memainkan peranan penting sebagai penggerak agen perubahan yang sentiasa kreatif dan inovatif, mempunyai keterampilan yang tinggi dari segi personaliti, mempunyai pemikiran luas dan strategik serta mampu mencetus ledakan ilmu yang dapat diterapkan kepada murid bagi membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu untuk mencipta ilmu yang baharu bertaraf dunia.
    4. Membudayakan inovasi merupakan agenda berterusan dalam gelombang transformasi pendidikan bagi melahirkan generasi muda yang bersedia mencapai kecemerlangan dalam persekitaran yang kompetitif secara global. Keupayaan warga pendidik menyediakan peluang kepada murid bagi mendapat pengalaman pembelajaran lebih bermakna, pengalaman pembelajaran dalam menyelesaikan masalah, kreativitidan pemikiran kritikal dilihat mampu meningkatkan kemahiran murid yang dapat berfikir secara kritis dalam konteks akademik dan persekitaran kehidupan sebenar.
    5. Dunia dan ekonomi yang bersifat global hari ini memerlukan pesaing yang mampu berfikir dengan lebih kritis dan kreatif dan inovatif. Justeru peranan guru sebagai penggerak generasi yang itelek dan berdaya saing perlu menghasilkan kualiti pengajaran yang gemilang dengan memperkukuh amalan terbaik dalam pendidikan.


Bengkel Penggunaan Aplikasi Sistem Pengurusan Inisiatif ICT Sekolah (SPICTS) Negeri Melaka 2014

Perhatian Sekolah Ahli PKG Masjid Tanah

Bahagian Audit Dalam dan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang melaksanakan pengauditan tentang prestasi terhadap perkhidmatan 1BestariNet dan perolehan peralatan ICT ke makmal komputer sekolah-sekolah seluruh negara.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, satu sesi perbengkelan tentang penggunaan aplikasi tersebut yang akan dilaksanakan mengikut ketetapan seperti berikut:

        Tarikh        : 10 April 2014 (Khamis)
        Masa          : 2.30 petang
        Tempat      : Pusat Kegiatan Guru Masjid Tanah

Sehubungan dengan itu, Guru Penyelaras ICT sekolah tuan dijemput hadir ke sesi perbengkelan tersebut. Kehadiran adalah mewajibkan.

Pihak tuan juga dimohon membuat persediaan awal untuk menyediakan data dari maklumat sekolah tentang perkhidmatan 1BestariNet dan perolehan peralatan ICT ke makmal komputer (HP MultiSeat, VDI Thin Client, Chromebook) dengan mengakses aplikasi sistem ini di alamt URL http://www.moe.gov.my/bad/icts untuk dilaksanakan semasa sesi perbengkelan.

Kerjasama dan perhatian tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

*diminta pihak tuan untuk membawa
  - Laptop
  - Extension wire
  - Zoom / Dongle YES

*muat turun Manual Penggunaan SPICT

Bengkel Pengurusan NILAM Sekolah Ahli PKG Masjid Tanah

  Pada 06 Mac 2014 (Khamis), PKG Masjid Tanah telah mengadakan Bengkel Pengurusan NILAM untuk Guru Penyelaras NILAM dan Pembantu Tadbir Rintis Sekolah Ahli PKG. Bengkel ini telah diadakan di Makmal Komputer SK Demang Taha. 

  Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mendedahkan pengurusan dan perjalan NILAM di sekolah masing-masing. Ini kerana terdapat guru penyelaras yang baru dilantik dan tidak faham tentang tugas penyelaras ini.

  Antara aktiviti yang ditekankan ialah pengisian bacaan murid di sistem i-NILAM. PT Rintis juga diminta untuk memastikan semua murid telah dimasukkan ke kelas 2014. 

  Fasilitator untuk bengkel ini ialah En. Mohd Shaifullizan Bin Zainal Abidin (PTP PKG Masjid Tanah) dan dibantu oleh En. Mohd Rehan Bin Jahaya (JTK PKG Masjid Tanah). Bengkel ini tamat pada jam 5.00 petang.













Pek Dokumen Chromebook

Berikut adalah panduan/carta alir jika mempunyai masalah dengan Chromebook.



Untuk pengetahuan tuan/puan, pihak YTLC telah menghantar hardcopy pek dokumen ke sekolah menggunakan khidmat courier iaitu Nationwide Express.
 
Bersama ini dilampirkan softcopy pek dokumen sebagai rujukan  tuan/puan.

  • Mobile Lab - Chrome Cart and Connectivity Devices 
  • CB WIFI Guide 
  • CB WIMax Guide 
  • Printer Enrolment Guide 
  • Printer Sharing Guide 
  • Cloud Printing Guide 
  • Update Chromebook OS Guide 
  • Chromebook Setting For Projector Guide 
  • Mobile Lab Basic Troubleshooting Guide 
  • Jenis Chromebook 
  • Mobile Lab Basic User Guide (BM) 



Pembekalan Chromebook

Projek Makmal Chromebook adalah projek pergantian dan pembekalan makmal komputer baru yang menggunakan laptop khas yang dipasang dengan Chrome OS daripada Google. Maklumat mengenai chromebook pembaca boleh merujuk di sini.

*muat turun Garis Panduan Chromebook



Senarai peralatan yang diterima (untuk 1 makmal)

  1. 5 unit chromebook - Samsung X303C12-WZ1MY with power adapter. (Battery 12 months warranty)
  2. 36 unit chromebook - Samsung XE303C12-WZ2MY with power adapter. (Battery 12 monts warranty)
  3. 1 unit SuperZoom - YES WIXFGR-124 with power adapter.
  4. 1 unit Cache Machine - Peplink MediaFast300 with RJ45 Cable Patch Cord.
  5. 1 unit Wireless AP - Engenius EAP600 with adapter.
  6. 1 unit Printer - HP Laserjet M400 Pro M401 DW with USB cable.
  7. 1 unit Surge Protector.
  8. 1 unit Chrome Charging Cart.
  9. Chromebook Management Software.  (3 years warranty)
  10. Chromebook Management Setup.  (3 years warranty)
  11. Chromebook Management Service.  (3 years warranty)
  12. 41 unit Headset - Ovlengs (3 months warranty)
  13. 1 unit Linux CD (No warranty)
  14. 1 unit HDMI to VGA Adapter with micro-USB cable (No warranty)
  15. 1 unit Metal Briefcase (No warranty)
  16. 1 unit Power Exrension Cord (No warranty)
  17. 2 units Spare Toner - HP (No warranty)

BAHAN NILAM

Dilampirkan bahan untuk Guru Penyelaras NILAM dan Pembantu Tadbir Rintis mengurus dan menyelaras Nilam di sekolah.

Buku Panduan Nilam (PDF) 
Buku Panduan Nilam (Word) 
Panduan Naik Kelas Murid Awal Tahun (PPT) 
Kertas Kerja Pelancaran NILAM 

Taklimat Profesional Pentadbir Sekolah Ahli PKG Masjid Tanah Bil. 1/2014

Satu taklimat telah diadakan di PKG Masjid Tanah untuk semua pentadbir sekolah ahli. Taklimat ini telah dilaksanakan pada 26 Februari 2014 (rabu) di Bilik Mesyuarat, PKG Masjid Tanah. Taklimat ini telah dihadiri Pengetua, Guru Besar sekolah ahli PKG Masjid Tanah. Terdapat juga wakil yang hadir berikutan Pengetua dan Guru Besar mempunyai hal-hal yang lebih memerlukan. Taklimat ini turut diserikan dengan kehadiran En. Kamarul Anuar b Talib, Penolong Pengarah Unit PSP BTPN Melaka. Taklimat ini dipengerusikan oleh En. Mohd Shaifullizan Bin Zainal Abidin, Ketua PKG Masjid Tanah. Antara agenda taklimat ini adalah pembentangan laporan PKG Tahun 2013. Kemudian diikuti oleh isu dan cabaran dalan pembestarian masa kini. Turut disentuh adalah Program PPG (RINTIS) yang sedang dilaksanakan di seluruh negeri Melaka. Pelbagai persoalan dan pandangan telah diutarakan dalam sama-sama menjayakan pelbagai agenda Kementerian Pendidikan Malaysia. Taklimat ini ditamatkan pada jam 5.00 petang.

Pemantauan Calon PSS Cemerlang SMK Ghafar Baba 2014

Pada 24 Februari 2014, Pihak BTPN Melaka yang diwakili oleh Tn. Hj. Khalib Bin Takim dan En. Abu bin Selihan bersamaMohd Shaifullizan Bin Zainal Abidin, Ketua PKG Masjid Tanah, telah melawat Pusat Sumber SMK Ghafar Baba untuk melaksanakan Pemantauan Pusat Sumber Cemerlang Bagi Negeri Melaka untuk 2014. SMk Ghafar Baba merupakan antara 5 calon terakhir dalam pertandingan ini. Pemantauan ini meliputi keseluruhan pengurusan perpustakaan, Nilam dan keceriaan dan dokumentasi. Selain daripada pemantauan, khidmat bimbingan dan panduan juga turut diberikan untuk menjadikan pusat sumber ini lebih cemerlang dan maju lagi. Pihak pemantau juga menerima kerjasama yang baik dari pihak sekolah. Pemantauan ini tamat pada jam 1.00 petang

Taklimat Penyelarasan Aktiviti Guru Penyelaras ICT PKG Masjid Tanah Bil. 1/2014

PKG Masjid Tanah telah mengadakan taklimat untuk Penyelaras ICT sekolah ahli. Taklimat ini diadakan pada 12 Februari 2014 jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat, PKG Masjid Tanah.
Taklimat telah dihadiri oleh 21 orang guru penyelaras ICT ini dan dipengerusikan oleh En. Mohd Shaifullizan Bin Zainal Abidin (Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Masjid Tanah). Taklimat ini juga diserikan dengan kehadiran En. Yusri Bin Suib (Penolong Pengarah Unit ICT, BTPN Melaka).
Antara agenda taklimat ini ialah membentangkan laporan pembestarian 2013, kemudian membincangkan permasalahan Program RINTIS, dan juga perancangan tahunan ICTr sekolah. Banyak input dan output yang telah didapati dalam taklimat ini, antaranya carta organisasi ICT bagi negeri Melaka.
Bahan- bahan untuk taklimat ini boleh dimuat turun di blog rasmi pkg di sini.