Satu taklimat telah diadakan di PKG Masjid Tanah untuk semua pentadbir sekolah ahli. Taklimat ini telah dilaksanakan pada 26 Februari 2014 (rabu) di Bilik Mesyuarat, PKG Masjid Tanah. Taklimat ini telah dihadiri Pengetua, Guru Besar sekolah ahli PKG Masjid Tanah. Terdapat juga wakil yang hadir berikutan Pengetua dan Guru Besar mempunyai hal-hal yang lebih memerlukan. Taklimat ini turut diserikan dengan kehadiran En. Kamarul Anuar b Talib, Penolong Pengarah Unit PSP BTPN Melaka. Taklimat ini dipengerusikan oleh En. Mohd Shaifullizan Bin Zainal Abidin, Ketua PKG Masjid Tanah. Antara agenda taklimat ini adalah pembentangan laporan PKG Tahun 2013. Kemudian diikuti oleh isu dan cabaran dalan pembestarian masa kini. Turut disentuh adalah Program PPG (RINTIS) yang sedang dilaksanakan di seluruh negeri Melaka. Pelbagai persoalan dan pandangan telah diutarakan dalam sama-sama menjayakan pelbagai agenda Kementerian Pendidikan Malaysia. Taklimat ini ditamatkan pada jam 5.00 petang.
Laporan Kerosakan ICT
Mulai 16 Januari 2013, pihak sekolah boleh membuat laporan di portal STS. sila klik pada gambar.
Garis Panduan NBOS
Garis Panduan Pelaksanaan Rintis National Blue Ocean Strategy (NBOS) KPM
FROG VLE
Frog VLE adalah platform berteras cloud yang fleksibel dan boleh diakses dimana-mana jua dari luar kawasan sekolah
Join Channel Telegram PKGMT
Salah satu perkhidmatan sosial yang digunakan oleh PKG Masjid Tanah dalam menyampai dan menyebarkan maklumat kepada semua warga sekolah
Pemantauan Calon PSS Cemerlang SMK Ghafar Baba 2014
Pada 24 Februari 2014, Pihak BTPN Melaka yang diwakili oleh Tn. Hj. Khalib Bin Takim dan En. Abu bin Selihan bersamaMohd Shaifullizan Bin Zainal Abidin, Ketua PKG Masjid Tanah, telah melawat Pusat Sumber SMK Ghafar Baba untuk melaksanakan Pemantauan Pusat Sumber Cemerlang Bagi Negeri Melaka untuk 2014. SMk Ghafar Baba merupakan antara 5 calon terakhir dalam pertandingan ini. Pemantauan ini meliputi keseluruhan pengurusan perpustakaan, Nilam dan keceriaan dan dokumentasi. Selain daripada pemantauan, khidmat bimbingan dan panduan juga turut diberikan untuk menjadikan pusat sumber ini lebih cemerlang dan maju lagi. Pihak pemantau juga menerima kerjasama yang baik dari pihak sekolah. Pemantauan ini tamat pada jam 1.00 petang
Taklimat Penyelarasan Aktiviti Guru Penyelaras ICT PKG Masjid Tanah Bil. 1/2014
PKG Masjid Tanah telah mengadakan taklimat untuk Penyelaras ICT sekolah ahli. Taklimat ini diadakan pada 12 Februari 2014 jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat, PKG Masjid Tanah.
Taklimat telah dihadiri oleh 21 orang guru penyelaras ICT ini dan dipengerusikan oleh En. Mohd Shaifullizan Bin Zainal Abidin (Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Masjid Tanah). Taklimat ini juga diserikan dengan kehadiran En. Yusri Bin Suib (Penolong Pengarah Unit ICT, BTPN Melaka).
Antara agenda taklimat ini ialah membentangkan laporan pembestarian 2013, kemudian membincangkan permasalahan Program RINTIS, dan juga perancangan tahunan ICTr sekolah. Banyak input dan output yang telah didapati dalam taklimat ini, antaranya carta organisasi ICT bagi negeri Melaka.
Bahan- bahan untuk taklimat ini boleh dimuat turun di blog rasmi pkg di sini.
DIGI Cybersafe Programme
Taklimat Penyelarasan Aktiviti Guru Penyelaras Perpustakaan PKG Masjid Tanah Bil. 1/2014
PKG Masjid Tanah telah mengadakan taklimat untuk Penyelaras Perpustakaan sekolah ahli. Taklimat ini diadakan pada 11 Februari 2014 jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat, PKG Masjid Tanah.
Taklimat telah dihadiri oleh 21 orang guru penyelaras perpustakaan ini dan dipengerusikan oleh En. Mohd Shaifullizan Bin Zainal Abidin (Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Masjid Tanah). Taklimat ini juga diserikan dengan kehadiran En. Kamarul Anuar Bin Talib (Penolong Pengarah PSP, BTPN Melaka).
Antara agenda taklimat ini ialah membentangkan laporan pusat sumber 2013, kemudian membincangkan permasalahan Program RINTIS, dan juga perancangan tahunan pusat sumber sekolah. Banyak input dan output yang telah didapati dalam taklimat ini, antaranya carta organisasi pusat sumber bagi negeri Melaka.
Bahan- bahan untuk taklimat ini boleh dimuat turun di blog rasmi pkg di sini.
Bengkel Bahan Digital MBMMBI Menengah Rendah Bahasa Inggeris 2014
Satu bengkel telah diadakan di PKG Masjid Tanah pada tarikh 5 Mac 2014 (Rabu) bermula pada pukul 2.00 petang hingga pukul 5.00 petang. Bengkel tersebut dihadiri oleh 20 orang Ketua Panitia Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Daerah Alor Gajah
Dalam bengkel tersebut guru-guru telah diterangkan bagaimana menggunakan perisian tersebut dengan lebih berkesan. Guru yang hadir juga telah membuat ujilari kandungan bekalan CD yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menggunakan komputer masing-masing dan mengenal pasti masalah-masalah teknikal untuk dikongsikan bersama. Guru-guru juga diberi pendedahan tentang kandungan CD tersebut dimana bahan-bahan tersebut adalah bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang menggabungkan grafik, animasi, audio dan video berdasarkan kurikulum terkini.
Bahan tersebut juga dibangunkan khusus untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang aktif di bilik darjah, makmal komputer dan juga perpustakaan. Guru yang hadir juga dikehendaki menandatangani Surat Akuan Penerimaan (SAP) sebagai bukti penerimaan bahan tersebut ke sekolah masing-masing. Fasilitator yang terlibat ialah En. Mohd Shaifullizan Bin Zainal Abidin (PTP PKG Masjid Tanah), Pn. Roillieyana Binti Keling(Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Ganun), Mohamad Sallehuddin Bin Ab Razak(JTK PKG Melekek) dan Mohd Nadhir Haniff Bin Abd Rashid(JTK PKG Alor Gajah). Bengkel ini juga telah dihadiri oleh Pn. Zanariah Binti Ali (Pegawai Teknologi Pendidikan BTPN Melaka) dan En. Zalili (Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Alor Gajah).
Bahan MBMMBI
muat turun bahan
Bengkel 'Hands-On' Sistem Pengurusan Sekolah PKG Masjid Tanah 2014
Pada 28 dan 29 Januari yang lepas, PKG Masjid Tanah telah mengadakan Bengkel 'Hands-On' Sistem Pengurusan Sekolah bagi administrator sekolah kawasan PKG Masjid Tanah. Bengkel ini diadakan dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bagi kedua-dua hari tersebut.
Bengkel ini diadakan bagi membantu administrator sekolah kawasan dalam mengisi data dan saling membantu antara admin sekolah kawasan dalam melengkapkan data SPS sekolah masing-masing.
Fasilitator untuk bengkel ini ialah Mohd Shaifullizan Bin Zainal Abidin (PTP PKG Masjid Tanah) dan dibantu oleh En. Rehan Bin Jahaya (JTK PKG Masjid Tanah).
Bengkel MBMMBI P. KHAS English Tahap 2 2014
Satu bengkel telah diadakan di PKG Masjid Tanah pada tarikh 27 Februari 2014 (Isnin) bermula pada pukul 2.00 petang hingga pukul 5.00 petang. Bengkel tersebut dihadiri oleh 30 orang Guru Bahasa Inggeris Pendidikan Khas sekolah rendah Daerah Alor Gajah.
Dalam bengkel tersebut guru-guru telah diterangkan bagaimana menggunakan perisian tersebut dengan lebih berkesan. Guru yang hadir juga telah membuat ujilari kandungan bekalan CD yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menggunakan komputer masing-masing dan mengenal pasti masalah-masalah teknikal untuk dikongsikan bersama. Guru-guru juga diberi pendedahan tentang kandungan CD tersebut dimanabahan-bahan tersebut adalah bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang menggabungkan grafik, animasi, audio dan video berdasarkan kurikulum terkini.
Bahan tersebut juga dibangunkan khusus untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang aktif di bilik darjah, makmal komputer dan juga perpustakaan. Guru yang hadir juga dikehendaki menandatangani Surat Akuan Penerimaan (SAP) sebagai bukti penerimaan bahan tersebut ke sekolah masing-masing. Fasilitator yang terlibat ialah En. Mohd Shaifullizan Bin Zainal Abidin (PTP PKG Masjid Tanah), En. Saiful Hadee Bin Amar(Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Pengkalan Balak), Mohamad Sallehuddin Bin Ab Razak(JTK PKG Melekek), Mohd Nadhir Haniff Bin Abd Rashid(JTK PKG Alor Gajah) dan Salmiza Binti Mohammad (JTK PKG Melekek).
Bengkel Penggunaan Perisian Bahan Digital MBMMBI Bahasa Malaysia Sekolah Rendah Tahun 5 & 6 untuk negeri Melaka Tahun 2014
Satu bengkel telah diadakan di PKG Masjid Tanah pada tarikh 20 Februari 2014 (Isnin) bermula pada pukul 2.00 petang hingga pukul 5.00 petang. Bengkel tersebut dihadiri oleh 16 orang Ketua Panitia Bahasa Melayu sekolah rendah kawasan PKG Masjid Tanah.
Dalam bengkel tersebut guru-guru telah diterangkan bagaimana menggunakan perisian tersebut dengan lebih berkesan. Guru yang hadir juga telah membuat ujilari kandungan bekalan CD yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menggunakan komputer masing-masing dan mengenal pasti masalah-masalah teknikal untuk dikongsikan bersama. Guru-guru juga diberi pendedahan tentang kandungan CD tersebut dimanabahan-bahan tersebut adalah bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang menggabungkan grafik, animasi, audio dan video berdasarkan kurikulum terkini.
Bahan tersebut juga dibangunkan khusus untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang aktif di bilik darjah, makmal komputer dan juga perpustakaan. Guru yang hadir juga dikehendaki menandatangani Suray Akuan Penerimaan (SAP) sebagai bukti penerimaan bahan tersebut ke sekolah masing-masing. Fasilitator yang terlibat ialah En. Mohd Shaifullizan Bin Zainal Abidin (PTP PKG Masjid Tanah) dan juga En. Mohd Rehan Bin Jahaya (Juruteknik Komputer PKG Masjid Tanah).