/* remove this */

Laporan Kerosakan ICT

Mulai 16 Januari 2013, pihak sekolah boleh membuat laporan di portal STS. sila klik pada gambar.

Garis Panduan NBOS

Garis Panduan Pelaksanaan Rintis National Blue Ocean Strategy (NBOS) KPM

FROG VLE

Frog VLE adalah platform berteras cloud yang fleksibel dan boleh diakses dimana-mana jua dari luar kawasan sekolah

Join Channel Telegram PKGMT

Salah satu perkhidmatan sosial yang digunakan oleh PKG Masjid Tanah dalam menyampai dan menyebarkan maklumat kepada semua warga sekolah

Taklimat Dan Edaran CD Bahan Digital MBMMBI Bagi Kegunaan 2015


Unit Perkhidmatan ICT/PMI, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka akan mengadakan taklimat dan pengedaran CD Bahan Digital MBMMBI bagi kegunaan sesi persekolahan 2015 pada ketetapan berikut:

Tarikh : 27 Januari 2015 (Selasa)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Pusat Kegiatan Guru Masjid Tanah

Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta menghantar

Sekolah Menengah
- Ketua Panitia Bahasa Malaysia
- Ketua Panitia Bahasa Inggeris

Sekolah Rendah
- Ketua Panitia Bahasa Inggeris

Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Mohd Shaifullizan Bin Zainal Abidin di talian 06-3844567 atau 016-7868463. sila bawa bersama laptop. cop sekolah dan kabel penyambung elektrik.

Sekian terima kasih.



*muat turun Templet Laporan Bengkel MBMMBI di sekolah. 
*muat turun Bahan Pembentangan Bahan Digital MBMMBI
*muat turun surat panggilan 


Meminjam Buku Secara Digital Daripada Perpustakaan Negara Malaysia

Perpustakaan Negara Malaysia mungkin sedia popular dikalangan ramai pengguna dalam mendapatkan buku-buku berbentuk fizikal untuk rujukan dan untuk dipinjam untuk tempoh yang terhad. Dengan perkembangan arena digital, pihak Perpustakaan Negara Malaysia juga turut menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk meminjam buku digital daripada koleksi yang disediakan oleh mereka.

Untuk membuat pinjaman secara digital daripada Perpustakaan Negara Malaysia, pengguna hanya perlu ke laman rasmi PNM, dan seterusnya mendaftar akaun percuma.


*layari laman PNM E-Lib


Sebaik sahaja selesai mendaftar, anda akan diminta untuk mengaktifkan akaun menggunakan emel, dan seterusnya sudah boleh mengakses koleksi buku yang disediakan oleh pihak Perpustakaan Negara Malaysia.

Pihak PNM menawarkan kemudahan untuk pengguna pinjam sesuatu buku selama 7 hari secara digital – dimana ia akan ditambah ke akaun anda untuk diakses, dan selepas tujuh hari ia akan dipadam. Seperti biasa, anda masih boleh pinjam ia semula untuk meneruskan bacaan anda.



Untuk memudahkan proses membaca, pihak PNM menyediakan aplikasi untuk iPad dan juga Android, selain turut menawarkan kemudahan untuk membaca secara online.

Buat masa ini, penawaran buku digital melalui PNM masih terhad, tetapi ia mungkin ditambah dari hari ke hari, apatah lagi dengan perkembangan sihat dalam arena penerbitan digital dari hari ke hari.

SUMBER RUJUKAN : ARIEF, AMANZ

Makluman Tempat Pembelian Buku Rekod Bacaan Pelajar (Buku Rekod NILAM) dan Bahan-Bahan Perpustakaan


Buku Rekod Bacaan Pelajar (Buku Rekod NILAM) serta lain-lain bahan Pusat Sumber Sekolah dijual di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka (BTPN Bukit Katil), mulai tahun 2015 oleh PUSTAKAM.

Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Perpustakaan Sekolah-Sekolah negeri Melaka Bil. 1/2014 yang telah dipegerusikan oleh Yang Dipertua PUSTAKAN, Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd sidek, Timbalan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Melaka telah menetapkan setiap sekolah hanya dibenarkan menggunakan Buku Rekod Bacaan Pelajar / Buku Rekod NILAM keluaran PUSTAKAM sahaja dan tidak dibenarkan menggunakan Buku Rekod Bacaan Pelajar dari keluaran atau cetakan syarikat lain.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Tn. Hj. Khalib bin Takim (013-6380200) atau En. Abu Bin Selihan (019-6653221). Sila rujuk lampiran untuk senarai bahan dijual oleh PUSTAKAM.

Segala kerjasama dan perhatian tuan dalam perkara ini sangat dihargai.

*muat turun Surat Makluman Sekolah dan Harga Bahan Perpustakaan 


Surat Siaran KPM Bilangan 1 Tahun 2015 (VLE)


Pelaksanaan Penggunaan Pelantar Persekitaran Pembelajaran Maya 1Bestarinet Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

KPM telah membekalkan perkhidmatan 1BestariNet yang merangkumi akses internet dan pelantar persekitaran pembelajaran maya ke semua sekolah. Pelantar Persekitaran Pembelajaran Maya atau Virtual Learning Environment (VLE) ialah aplikasi dalam talian yang menyediakan kemudahan pengurusan pengajran dan pembelajaran (PdP) bagi meningkatkan kecekapan pengurusan dan penyampaian pembelajaran.

Bagi memastikan penggunaan VLE secara optimum, Pengetua dan Guru Besar hendaklah mengambil langkah-langkah berikut:

  1. memberikan ID 1BestariNet kepada semua guru, murid dan ibu bapa/penjaga;
  2. menyediakan latihan dalaman penggunaan VLE kepada semua guru;
  3. memastikan guru mengintegrasikan VLE dalam PdP dan mencatatkannya dalam Rekod Persedian Mengajar;
  4. menggalakkan guru memberi tugasan kepada murid melalui VLE;
  5. menggalakkan guru membina dan menggunakan laman pembelajaran VLE bagi tujuan PdP; dan
  6. menggalakkan ibu bapa/penjaga memantau pembelajaran anak-anak melalui VLE


*sila muat turun Surat Siaran KPM Bil 1 Tahun 2015 (VLE) di sini


Exploring The Digital Landscape In Malaysia : Access and Use of Digital Technologies by Children and Adolescents


sila klik sini untuk muat turun

Perutusan Tahun Baru dan Permulaan Sesi Persekolahan 2015


Ucapan Perutusan Tahun Baru dan Permulaan Sesi Persekolahan 2015 oleh 
Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka (JPN), 
Datuk Haji Md Rashid Bin Haji Hussin.