/* remove this */

Laporan Kerosakan ICT

Mulai 16 Januari 2013, pihak sekolah boleh membuat laporan di portal STS. sila klik pada gambar.

Garis Panduan NBOS

Garis Panduan Pelaksanaan Rintis National Blue Ocean Strategy (NBOS) KPM

FROG VLE

Frog VLE adalah platform berteras cloud yang fleksibel dan boleh diakses dimana-mana jua dari luar kawasan sekolah

Join Channel Telegram PKGMT

Salah satu perkhidmatan sosial yang digunakan oleh PKG Masjid Tanah dalam menyampai dan menyebarkan maklumat kepada semua warga sekolah

Logo baru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

RASIONAL
Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu.
Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan. 
Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. 
Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.


Rekabentuk oleh Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin & Mohd Faizal Ahmad (Majlis Rekabentuk Malaysia)

Kajian Keperluan Radio Pendidikan Di Sekolah Kurang Murid (SKM)

Assalamuailaikkum Wbt dan Salam sejahtera,

Untuk makluman, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalankan satu kajian bertajuk Keperluan Radio Pendidikan di Sekolah Kurang Murid (SKM) berdasarkan keputusan Mesyuarat Pengurusan Dasar Bil. 1/2013. Hasil dapatan kajian ini akan menjadi input untuk menambah baik penggunaan Radio Pendidikan di SKM.

Kajian ini akan dijalankan disemua Sekolah Kurang Murid (SKM) di seluruh negara bermula 31 Julai hingga 29 Ogos 2013. Kajian ini akan dijalankan secara atas talian dan soal selidik bagi kajian ini boleh dilayari melalui :


                         http://www.tvpendidikan.my/rnd/radio/


Kerjasama daripada pihak sekolah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.



*muaturun senarai sekolah dan nombor token klik sini.

Keputusan SSQS 2012

Salam Sejahtera.

Berikut adalah keputusan Smart School Qualification Standards (SSQS) bagi Negeri Melaka bagi tahun 2012


VDI Thin Client

Salam Sejahtera.

Pada tahun 2013, sekolah yang menerima teknologi OCPE akan mendapat projek pembekalan baru Makmal Komputer VDI Thin Client. Sekolah ahli PKG Masjid Tanah yang menerima projek ini ialah


  1. SK Rantau Panjang
  2. SK Ramuan China Besar
  3. SK Ramuan China Kechil
  4. SK Sungai Jernih
  5. SJK (T) Ladang Sg Baru (H/D)

Virtual Desktop Infrastructure (VDI) yang diguna pakai di dalam persekitaran projek ini adalah VMware Horizon View 5.2. VMware Horizon View 5.2 ini memberikan perkhidmatan desktop daripada server untuk membolehkan pengguna menggunakan sistem operasi sama seperti komputer tradisional ("no changed environment").

Dengan menggunakan sistem Virtual Desktop Infrastructure (VDI), ia memudahkan pengurusan IT mengautomasikan dan menyelenggara sebanyak mungkin mana Thin Client. selain itu, pengguna juga dapat mencapai sistem operasi dan aplikasi yang telah di pasang tidak kira dimana berada.

Antara kelebihan penggunaan VDI Thin Client ini adalah:
  • Memudahkan pengurusan dan meningkatkan mutu kawalan.
  • Mengurangkan "Total Cost Owneship (TCO)" sehingga 50%
  • Pengalaman capaian desktop yang lebih baik
  • Strategi kesinambungan dan Pemulihan bencana
  • Menyokong produktiviti pengguna dengan konsep "Follow-Me-Desktop"
  • Fleksibel dalam penggunaan polisi "hardware"

*sila klik sini untuk maklumat dan panduan VDI Thin Client dengan lebih lanjut.

Pemantauan Susulan Penemuan Audit Penyenggaraan Peralatan ICT Sekolah 2013

Salam Sejahtera,

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa satu pemantauan susulan daripada penemuan audit baru-baru ini akan diadakan seperti ketetapan berikut

     Tarikh   :   30hb dan 31hb Julai 2013 (Selasa dan Rabu)
     Masa     :   09.00 pagi - 12.30 tengahari

Sekolah yang terlibat seperti berikut;


30.07.2013
SELASA
SMK LUBOK CHINA
SMKA SULTAN MUHAMMAD
SMT MELAKA TENGAH


31.07.2013
RABU
SMK TEBONG
SK MASJID TANAH
SK TANJUNG BIDARA


Sehubungan dengan itu diminta pihak sekolah dapat menjawab dulu draf borang pemantauan secara kendiri selewat-lewatnya sebelum pemantauan pada 29.07.2013 (ISNIN) .

Sebarang pertanyaan sila hubungi PKG Masjid Tanah (06-3844567)

Sekian terima kasih


ADMIN PKGMT

klik sini untuk muaturun draf borang pemantauan kendiri SK MASJID TANAH

klik sini untuk muaturun draf borang pemantauan kendiri SMK LUBOK CHINA

Bengkel Pemantapan Pengurusan Teknikal Dan Sahsiah Juruteknik Komputer di Bawah Program Pelaksanaan Rintis Pemantapan Profesion Guru di Melaka 2013

Salam sejahtera,

Juruteknik Komputer PKG ( FT17 ),

Adalah dimaklumkan bahawa bengkel ini akan diadakan pada ketetapan seperti berikut.

Tarikh     : 06 hingga 09 Mei 2013
Masa      : 8.30 pagi hingga 10.00 malam
Tempat  : PIAI CAPE HOLIDAYS SDN. BHD.
                  Tanjung Piai, Serkat, Johor
Pengangkutan  : Bas disediakan ( bertolak dari BTPN Melaka jam 9.00 pagi.

Sehubungan dengan itu tuan/puan diwajibkan hadir pada masa dan tempat yang telah ditetapkan.

Sekian, terima kasih

HEBAHAN PERINGATAN BERHUBUNG LARANGAN PENGLIBATAN DALAM AKTIVITI POLITIK


Makluman Semasa (Bahagian Teks Yang Scroll) 

Kepada,
Semua Pengetua/ Guru Besar
Daerah Alor Gajah.

Sila muatturun makluman berkenaan. Terima kasih.

Attachments :  Makluman

Sumber : PPD Alor Gajah

Laporan Kelajuan Bulanan 1BRIS


MAKLUMAN.

Semua sekolah diminta melakukan "Speedtest" 1BRIS sebanyak 3 kali sebulan ( awal, pertengahan dan akhir bulan). Di mana tarikh, masa dan kelajuan up/down hendaklah direkodkan menggunakan borang yang telah disediakan oleh UMICT PPDAG. Borang berkenaan hendaklah disimpan di dalam fail bagi tujuan pemantauan manakala laporan kepada PPD hendaklah dibuat secara "online".
langkah-langkah

2. Isikan makluman berkenaan (test 1, test 2, test 3)
3. Klik Pada butang "Submit" untuk menghantar.

Perhatian:

1. Medan Catatan diisi bagi sekolah yang belum menerima servis 1BRIS.
2. Isu yang berkaitan 1BRIS


Sumber : PPD Alor Gajah

Peringatan Kepada Sekolah Untuk Memberi Notis Penamatan Perkhidmatan Talian Internet Sedia Ada


Assalammualaikum w.b.t. dan Salam 1Malaysia
Kepada Semua Sekolah-sekolah Negeri Melaka
Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah hendaklah memberi notis penamatan perkhidmatan talian internet sedia ada kepada Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) dalam tempoh 30 hari selepas tarikh pemasangan perkhidmatan 1BestariNet sekiranya perkhidmatan tersebut telah berfungsi sepenuhnya.

Berikut adalah alamat ISP Telekom Malaysia Berhad beserta nombor fax bagi tujuan penghantaran notis penamatan tersebut:

                                        Telekom Malaysia Berhad
                                        Aras 3, Menara TM Melaka
                                        No.2,Jalan Wisma Negeri
                                        Bandar MITC, Ayer Keroh
                                        75450 Melaka
                                        Fax: 06-232 3339

Sila semak senarai sekolah-sekolah yang telah mendapat talian 1BestariNet disini
 Sumber : JPN Melaka

Hakcipta Terpelihara


Hakcipta Blog Rasmi Pusat Kegiatan Guru Masjid Tanah, Melaka (PKG Masjid Tanah) dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, logo, fail audio, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan PKG Masjid Tanah kecuali dinyatakan sebaliknya.

Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada pihak PKG Masjid Tanah.

Pihak PKG Masjid Tanah tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Meja Bantuan SchoolBroadBand

SEBARANG ADUAN KEROSAKAN, SILA LAPORKAN KEPADA TALIAN DIBAWAH;
 
1-800-22-77-22
 
Maklumat yang diperlukan iaitu;
1. Nama Sekolah
2. Kod Sekolah
 
Pastikan setiap aduan mendapat nombor log aduan.
 
Terima Kasih.

Meja Bantuan 1BestariNet

Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia.
 
Selaras dengan peruntukan kontrak dengan YTL, semua masalah berkenaan dengan rangkaian 1BestariNet mestilah dilaporkan terus kepada meja bantuan YTL bagi membolehkan masalah dapat diselesaikan. Untuk pengetahuan pihak tuan, semua aduan yang sah mestilah mempunyai nombor log aduan, oleh yang demikian pihak sekolah atau pihak yang melapor perlu meminta nombor log aduan tersebut.
 
Jika terdapat masalah seperti berikut :
 
              1) Meja bantuan YTL tidak berjawab,
 
              2) Tiada nombor log aduan,
 
Maka pihak sekolah boleh melaporkan kepada PMO ( raudhah.pmo@gmail.com)
 
Berikut merupakan maklumat meja bantuan YTL.
 
1.   Talian meja bantuan 1Bestarinet : 018-7998787
 
 
Sekian, harap maklum.

Pautan Antivirus Untuk 1BestariNet

Rujukan Kami: JPM.ICTM.100-9/7/1 Jld. 4 (126)
Tarikh : 3 Januari 2013
Kepada
Pengetua / Guru Besar
Sekolah-Sekolah Negeri Melaka
Disertakan link antivirus untuk kegunaan sekolah dalam 1Bestarinet di sekolah pentadbiran masing-masing.  Untuk makluman, antivirus ini memerlukan spesifikasi PC yang sesuai untuk digunakan. Sila semak dengan helpdesk YTL.
Semakan telah dibuat dan kedua-dua link tersebut boleh diakses (32-bit & 64-bit) dari PC di PMO. (Windows 7 Professional 32-bit, 4GB RAM, Intel i5 3.10 GHz)
Links diakses melalui Internet Explorer 8 dan Google Chrome Version 23.0.1271.95 m.

Dipersilakan untuk muatturun Antivirus berkenaan di bawah ini.
Windows 64-bit


**Nota : Download menggunakan talian 1Bestarinet.

Harap Maklum.


Sumber : JPN Melaka

Bengkel Penggunaan Sistem i-Nilam untuk PTPO sekolah ahli PKG Masjid Tanah

Bengkel Penggunaan Sistem i-Nilam ini diadakan untuk Pembantu Tadbir (PO) Rintis Sekolah Ahli PKG Masjid Tanah dengan tujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran semua PTPO tentang penggunaan sistem i-Nilam secara atas talian.

Bengkel ini diadakan di Makmal Komputer SK Sri Laksamana pada 27 Februari 2013 (Rabu) bermula jam 2.00 petang. Fasilitator untuk bengkel ini ialah Mohd Shaifullizan Bin Zainal Abidin, PTP PKG Masjid Tanah dan dibantu oleh En. Mohd Rehan bin Jahaya, FT PKG Masjid Tanah.

Sekalung tahniah kepada Pembantu Tadbir PO Rintis yang berjaya hadir ke bengkel ini. Diharap i-Nilam sekolah dapat berjalan dengan lancar.


sila klik sini untuk lebih gambat

Pembayaran Talian Internet Bagi Tempoh Interim Sekolah-sekolah Negeri Melaka 2013

Untuk makluman pihak sekolah, semua urusan pembayaran dan pemantauan perkhidmatan internet bagi tempoh interim sekolah-sekolah negeri Melaka akan diuruskan sepenuhnya oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka bermula januari 2013

Sekiranya pihak sekolah menghadapai gangguan talian internet dalam tempoh interim sila menghubungi talian School Broadband (SBB) di 1800-22-7722 atau terus hubungi pihak PKG Masjid Tanah di talian 06-3844567. Laporan kerosakan hendaklah dibuat dengan segera.

Sekiranya pihak sekolah telah menerima perkhidmatan 1Bestarinet, sila maklumkan SEGERA kepada pihak TM untuk proses pemotongan talian internet sedia ada bagi mengelakkan pertindihan pembayaran.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Tuan haji Khalid Bin Ahmad, Pegawai Perkhidmatan ICT di talian 06-2324478 atau 019-6574084

Sekian, terima kasih.
Admin PKGMT.