/* remove this */

Laporan Kerosakan ICT

Mulai 16 Januari 2013, pihak sekolah boleh membuat laporan di portal STS. sila klik pada gambar.

Garis Panduan NBOS

Garis Panduan Pelaksanaan Rintis National Blue Ocean Strategy (NBOS) KPM

FROG VLE

Frog VLE adalah platform berteras cloud yang fleksibel dan boleh diakses dimana-mana jua dari luar kawasan sekolah

Join Channel Telegram PKGMT

Salah satu perkhidmatan sosial yang digunakan oleh PKG Masjid Tanah dalam menyampai dan menyebarkan maklumat kepada semua warga sekolah

Showing posts with label Bengkel. Show all posts
Showing posts with label Bengkel. Show all posts

Bengkel Pengurusan NILAM Sekolah Ahli PKG Masjid Tanah

  Pada 06 Mac 2014 (Khamis), PKG Masjid Tanah telah mengadakan Bengkel Pengurusan NILAM untuk Guru Penyelaras NILAM dan Pembantu Tadbir Rintis Sekolah Ahli PKG. Bengkel ini telah diadakan di Makmal Komputer SK Demang Taha. 

  Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk mendedahkan pengurusan dan perjalan NILAM di sekolah masing-masing. Ini kerana terdapat guru penyelaras yang baru dilantik dan tidak faham tentang tugas penyelaras ini.

  Antara aktiviti yang ditekankan ialah pengisian bacaan murid di sistem i-NILAM. PT Rintis juga diminta untuk memastikan semua murid telah dimasukkan ke kelas 2014. 

  Fasilitator untuk bengkel ini ialah En. Mohd Shaifullizan Bin Zainal Abidin (PTP PKG Masjid Tanah) dan dibantu oleh En. Mohd Rehan Bin Jahaya (JTK PKG Masjid Tanah). Bengkel ini tamat pada jam 5.00 petang.













Bengkel Bahan Digital MBMMBI Menengah Rendah Bahasa Inggeris 2014

Satu bengkel telah diadakan di PKG Masjid Tanah pada tarikh 5 Mac 2014 (Rabu) bermula pada pukul 2.00 petang hingga pukul 5.00 petang. Bengkel tersebut dihadiri oleh 20 orang Ketua Panitia Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Daerah Alor Gajah

Dalam bengkel tersebut guru-guru telah diterangkan bagaimana menggunakan perisian tersebut dengan lebih berkesan. Guru yang hadir juga telah membuat ujilari kandungan bekalan CD yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menggunakan komputer masing-masing dan mengenal pasti masalah-masalah teknikal untuk dikongsikan bersama. Guru-guru juga diberi pendedahan tentang kandungan CD tersebut dimana bahan-bahan tersebut adalah bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang menggabungkan grafik, animasi, audio dan video berdasarkan kurikulum terkini.

Bahan tersebut juga dibangunkan khusus untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang aktif di bilik darjah, makmal komputer dan juga perpustakaan. Guru yang hadir juga dikehendaki menandatangani  Surat Akuan Penerimaan (SAP) sebagai bukti penerimaan bahan tersebut ke sekolah masing-masing. Fasilitator yang terlibat ialah En. Mohd Shaifullizan Bin Zainal Abidin (PTP PKG Masjid Tanah), Pn. Roillieyana Binti Keling(Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Ganun), Mohamad Sallehuddin Bin Ab Razak(JTK PKG Melekek) dan Mohd Nadhir Haniff Bin Abd Rashid(JTK PKG Alor Gajah). Bengkel ini juga telah dihadiri oleh Pn. Zanariah Binti Ali (Pegawai Teknologi Pendidikan BTPN Melaka) dan En. Zalili (Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Alor Gajah).



Bengkel 'Hands-On' Sistem Pengurusan Sekolah PKG Masjid Tanah 2014

Pada 28 dan 29 Januari yang lepas, PKG Masjid Tanah telah mengadakan Bengkel 'Hands-On' Sistem Pengurusan Sekolah bagi administrator sekolah kawasan PKG Masjid Tanah.  Bengkel ini diadakan dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bagi kedua-dua hari tersebut. 
Bengkel ini diadakan bagi membantu administrator sekolah kawasan dalam mengisi data dan saling membantu antara admin sekolah kawasan dalam melengkapkan data SPS sekolah masing-masing.
Fasilitator untuk bengkel ini ialah Mohd Shaifullizan Bin Zainal Abidin (PTP PKG Masjid Tanah) dan dibantu oleh En. Rehan Bin Jahaya (JTK PKG Masjid Tanah).

Bengkel MBMMBI P. KHAS English Tahap 2 2014

Satu bengkel telah diadakan di PKG Masjid Tanah pada tarikh 27 Februari 2014 (Isnin) bermula pada pukul 2.00 petang hingga pukul 5.00 petang. Bengkel tersebut dihadiri oleh 30 orang Guru Bahasa Inggeris Pendidikan Khas sekolah rendah Daerah Alor Gajah.

Dalam bengkel tersebut guru-guru telah diterangkan bagaimana menggunakan perisian tersebut dengan lebih berkesan. Guru yang hadir juga telah membuat ujilari kandungan bekalan CD yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menggunakan komputer masing-masing dan mengenal pasti masalah-masalah teknikal untuk dikongsikan bersama. Guru-guru juga diberi pendedahan tentang kandungan CD tersebut dimanabahan-bahan tersebut adalah bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang menggabungkan grafik, animasi, audio dan video berdasarkan kurikulum terkini.

Bahan tersebut juga dibangunkan khusus untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang aktif di bilik darjah, makmal komputer dan juga perpustakaan. Guru yang hadir juga dikehendaki menandatangani  Surat Akuan Penerimaan (SAP) sebagai bukti penerimaan bahan tersebut ke sekolah masing-masing. Fasilitator yang terlibat ialah En. Mohd Shaifullizan Bin Zainal Abidin (PTP PKG Masjid Tanah), En. Saiful Hadee Bin Amar(Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Pengkalan Balak), Mohamad Sallehuddin Bin Ab Razak(JTK PKG Melekek), Mohd Nadhir Haniff Bin Abd Rashid(JTK PKG Alor Gajah) dan Salmiza Binti Mohammad (JTK PKG Melekek).

Bengkel Penggunaan Perisian Bahan Digital MBMMBI Bahasa Malaysia Sekolah Rendah Tahun 5 & 6 untuk negeri Melaka Tahun 2014

Satu bengkel telah diadakan di PKG Masjid Tanah pada tarikh 20 Februari 2014 (Isnin) bermula pada pukul 2.00 petang hingga pukul 5.00 petang. Bengkel tersebut dihadiri oleh 16 orang Ketua Panitia Bahasa Melayu sekolah rendah kawasan PKG Masjid Tanah.

Dalam bengkel tersebut guru-guru telah diterangkan bagaimana menggunakan perisian tersebut dengan lebih berkesan. Guru yang hadir juga telah membuat ujilari kandungan bekalan CD yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menggunakan komputer masing-masing dan mengenal pasti masalah-masalah teknikal untuk dikongsikan bersama. Guru-guru juga diberi pendedahan tentang kandungan CD tersebut dimanabahan-bahan tersebut adalah bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang menggabungkan grafik, animasi, audio dan video berdasarkan kurikulum terkini.

Bahan tersebut juga dibangunkan khusus untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang aktif di bilik darjah, makmal komputer dan juga perpustakaan. Guru yang hadir juga dikehendaki menandatangani  Suray Akuan Penerimaan (SAP) sebagai bukti penerimaan bahan tersebut ke sekolah masing-masing. Fasilitator yang terlibat ialah En. Mohd Shaifullizan Bin Zainal Abidin (PTP PKG Masjid Tanah) dan juga En. Mohd Rehan Bin Jahaya (Juruteknik Komputer PKG Masjid Tanah).

Bengkel Penggunaan Sistem i-Nilam untuk PTPO sekolah ahli PKG Masjid Tanah

Bengkel Penggunaan Sistem i-Nilam ini diadakan untuk Pembantu Tadbir (PO) Rintis Sekolah Ahli PKG Masjid Tanah dengan tujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran semua PTPO tentang penggunaan sistem i-Nilam secara atas talian.

Bengkel ini diadakan di Makmal Komputer SK Sri Laksamana pada 27 Februari 2013 (Rabu) bermula jam 2.00 petang. Fasilitator untuk bengkel ini ialah Mohd Shaifullizan Bin Zainal Abidin, PTP PKG Masjid Tanah dan dibantu oleh En. Mohd Rehan bin Jahaya, FT PKG Masjid Tanah.

Sekalung tahniah kepada Pembantu Tadbir PO Rintis yang berjaya hadir ke bengkel ini. Diharap i-Nilam sekolah dapat berjalan dengan lancar.


sila klik sini untuk lebih gambat