/* remove this */

Laporan Kerosakan ICT

Mulai 16 Januari 2013, pihak sekolah boleh membuat laporan di portal STS. sila klik pada gambar.

Garis Panduan NBOS

Garis Panduan Pelaksanaan Rintis National Blue Ocean Strategy (NBOS) KPM

FROG VLE

Frog VLE adalah platform berteras cloud yang fleksibel dan boleh diakses dimana-mana jua dari luar kawasan sekolah

Join Channel Telegram PKGMT

Salah satu perkhidmatan sosial yang digunakan oleh PKG Masjid Tanah dalam menyampai dan menyebarkan maklumat kepada semua warga sekolah

BULETIN KPM 2015

Kenali Tanda Jangkitan Malware



Sebenarnya ada beberapa tanda yang boleh menunjukkan bahawa komputer anda telah dijangkiti malware.

Disenaraikan sebahagian besar daripada tanda biasa apabila komputer dijangkiti malware untuk rujukan anda.


  1. Prestasi komputer anda benar-benar menjadi lembap atau perlahan, sungguhpun komputer itu baru beberapa bulan dibeli. jika bukan masalah perkakasan dan sistem operasi, jangkitan malware mungkin menjadi puncanya.
  2. Tiada apa-apa tindak balas yang berlaku apabila anda mengklik pada ikon aplikasi atau aplikasi itu tidak berfungsi dengan betul. Antara perisisanyang mungkin terjejas akibat jangkitan malware ini termasuk antivirus.
  3. Sistem operasi komputer anda menjalani proses boot semula (reboot atau restart), menjadi kaku (hang) atau lumpuh (crash) tanpa sebab yang diketahui. Jangkitan malware tertentu boleh menyebabkan maslaah seperti ini.
  4. Perisian keselamatan yang dipasang pada komputer anda seperti keselamatan internet, antivirus, dan firewall telah dimatikan secara tiba-tiba. ini tidak mustahil kerana ada malware yang boleh mematikan perisian tersebut.
  5. Anda tidak boleh mengakses pemacu cakera keras (HDD) dalaman, HDD luaran atau thumbdrive yang telah dihubungkan. apabila anda cuba mengakses pemacu itu, mungkin terdapat mesej ralat (error) yang dipaparkan.
  6. Secara tiba-tiba anda tidak boleh mencetak dokumen melalaui pencetak yang dihubungkan kepada komputer. Sedangkan kabel kuasa dan kabel data pencetak sudah disambungkan serta tiada kerosakan pada perkakasannya.
  7. Muncul tetingkap pop-up yang mengatakan bahawa komputer anda sudah dijangkiti virus. Nama pengimbas virus yang dipaparkan pula kadangkala tidak pernah didengari selain tetingkap itu mungkin tidak boleh ditutup.
  8. Anda mula melihat tetingkap iklan pop-up yang muncul pada masa yang tidak dijangka atau terpapar secara rambang. Iklan pop-up seperti ini biasanya dipaparkan apabila pelayar web dibuka atau apabila internet diakses.
  9. Anda menghadapi masalah besar untuk cuba memuat turun perisian antivirus termasuk untuk melayari tapak web pembuat antivirus anda. Malah anda sukar untuk memasang perisian antivirus dan mana-mana perisian lain.
  10. Anda mungkin kehilangan secara tiiba-tiba ikon di bahagian desktop dan/ atau semua fail program lain dalam folder anda. Ini boleh terjadi kerana sesetengah malware seperti trojan boleh menyembunyikanfail-fail tersebut.
*sumber dari MajalahPC

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN DI BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN



Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan Pegawai Teknologi Pendidikan Gred DG29/DG32/DG34/DG41/DG42 di Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian ini mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mempunyai kelulusan DG29/DG32/DG34/DG41/DG42 untuk memohon jawatan tersebut. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkelayakan di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan boleh mengemukakan permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.

Bersama-sama ini disertakan Borang Permohonan tersebut untuk hebahan dan pelawaan ini kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkelayakan. Borang permohonan juga boleh dimuat turun di http://www.moe.edu.my/btp. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 28 November 2015 ke alamat berikut:

Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Persiaran Bukit Kiara
50604 Kuala Lumpur
(u.p.: Unit Pentadbiran)

Pek Permulaan Sekolah VLE

Pek Permulaan Sekolah

#vle

Sumber : GM1M Kluster Frog VLE Negeri Selangor












Khidmat Bantu PSS - SK Ayer Limau

PKG Masjid Tanah telah melaksanakan Khidmat Bantu PSS di SK Ayer Limau pada 21 hingga 23 Oktober 2015 lepas. Khidmat bantu ini bertujuan untuk membantu sekolah dalam memastikan pusat sumber sekolah boleh digunakan dan di manfaatkan dengan sepenuhnya. Selain itu, ia juga merupakan satu proses pembelajaran dan latihan kepada barisan pembantu tadbir rintis PSS yang turut dilibatkan sama.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah di atas kesudian menerima program ini dan juga kepada pembantu tadbir rintis yang telah membantu.













Ketua Penolong Pengarah BTPN Melaka

TAHNIAH

Sukacita dimaklumkan bahawa EN. NOR HASHIM BIN HJ HASAN telah dilantik sebagai
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka, 
Kementerian Pendidikan Malaysia
berkuat kuasa pada 12 Oktober 2015


TAHNIAH DIUCAPKAN!

Pengarah Pendidikan Melaka

Kami warga PKG Masjid Tanah mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada Yang Berbahagia Tuan Haji Abu Bakar Bin Sahari di atas pelantikan beliau sebagai Pengarah Pendidikan Melaka yang baru. 

Selamat menjalankan tugas.

*gambar Jabatan Pendidikan Melaka

Menukar Powerpoint kepada bentuk Flash (VLE)

Salam Sejahtera

Bagaimana cara untuk kita menukarkan slide POWERPOINT kepada bentuk flash agar mudah dimasukkan ke dalam SITE FrogVle.

Langkah 1
Sediakan terlebih dahulu slide powerpoint beserta dengan kesan efek yang menarik.

Langkah 2
Sila muat turun perisian yang bernama : iSpring Free

Langkah 3
Install/pasang perisian tersebut. Buka persembahan PowerPoint kita tadi.

Langkah 4
Perhatikan kepada "Tab" yang bernama iSpring Free pada menu PowerPoint itu. Klik padanya dan tekan pada butang "Publish"

Langkah 5
Selesai. Carilah fail flash anda dalam My Document.

*sumber dari http://photoinzone.blogspot.fr/

Garis Panduan Amalan Terbaik Frog VLE

Garis Panduan Amalan Terbaik Frog VLE ini menyediakan garis panduan amalan terbaik untuk penggunaan Frog VLE dalam persekitaran sekolah biasa. Setiap contoh dan cadangan yang diberikan hanyalah sebagai  panduan dan ianya tidak menggambarkan keperluan tegas untuk penggunaannya. Istilah ‘amalan terbaik’ digunakan adalah untuk memperjelaskan tentang proses membangun dan mengikuti kaedah standard dalam melakukan sesuatu, yang boleh dimanfaatkan oleh orang lain. FrogAsia mendapati, semua amalan di bawah ini adalah amalan yang digunakan oleh guru-guru untuk mendapatkan hasil yang cemerlang. Bagaimanapun, perlu difahami bahawa amalan-amalan terbaik ini adalah dinamik dan ia boleh berkembang menjadi lebih baik kerana kaedah-kaedah lain yang lebih berkesan bakal ditemui.

Dokumen ini merujuk kepada guru biasa yang menggunakan Frog VLE standard dengan sambungan 4G.

muat turun Garis Panduan Amalan Terbaik Frog VLE di sini

SPI Bil. 8 Tahun 2015 (Pinjaman Netbook 1Malaysia)

Untuk makluman, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8 Tahun 2015: Kemudahan Pinjaman Netbook 1Malaysia Untuk Guru Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia telah dimuatnaik ke dalam Portal KPM dan boleh dicapai melalui URL:http://www.moe.gov.my/v/pekeliling-ikhtisas-view?id=1057&page=1&keyword=&

Khidmat Bantu ICT SMK Sungai Udang

Pada 01 hingga 03 Jun 2015, PKG Masjid Tanah telah mengadakan khidmat bantu ICT di SMK Sungai Udang. Juruteknik yang terlibat ialah:

Mohd Rehan Bin Jahaya (PKG Masjid Tanah)
Zulkifly Bin Mesuan (SK Sri Laksamana)
Mahdatul Annur Binti Amzah (SK Masjid Tanah)
Siti Fatin Binti Idris (SMK Sultan Alauddin)
Rasidah Binti Ab Jani (SMK Sungai Udang)
Shamsol Azman Bin Abd Aziz (SK Sungai Jernih)
Muhammad Hakim Bun Sulaman (SJKC Sin Min)
Mohd Zhafran Bin Mohd Shah (SK Durian Daun (K))
Afiqah Binti Alias (SK Jeram)
Vatsala A/P Mukaya (SK Ramuan China Kecil)
Wizani Auzan Bin Mohamad Ali (SMK Lubok China)
Nur Shamimi Hasni Binti Mohd Rusni (SK Datuk Tambichik Karim)


Khidmat bantu ini bertujuan untuk membuat
 rangkaian LAN dan WiFi di pejabat, bilik guru, perpustakaan dan bilik setiausaha peperiksaan.











Kami bagi pihak BTPN Melaka dan PKG Masjid Tanah mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua Juruteknik Komputer yang terlibat di dalam khidmat bantu ini.Tidak lupa juga pada warga SMK Sungai Udang yang banyak membantu melancarkan program ini.

Taklimat Profesional Pentadbir Sekolah Ahli PKG Masjid Tanah Bil. 1/2015

Satu taklimat telah diadakan di PKG Masjid Tanah untuk semua pentadbir sekolah ahli. Taklimat ini telah dilaksanakan pada 06 April 2015 (Isnin) di Bilik Mesyuarat, PKG Masjid Tanah. Taklimat ini telah dihadiri oleh Pengetua, Guru Besar sekolah ahli PKG Masjid Tanah. Terdapat juga wakil yang hadir berikutan pentadbir mempunyai hal-hal yang lebih memerlukan. Taklimat ini dipengerusikan oleh En. Mohd Shaifullizan Bin Zainal Abidin, Ketua PKG Masjid Tanah.

Antara agenda mesyuarat ini adalah pembentangan laporan PKG 2014. Kemudian diikuti oleh isu dan cabaran dalam pembestarian masa kini. Turut disentuh adalah VLE, MBMMBI dan juga perlaksanaan NBOS yang menjadi KPI kepada Pengarah dan KPPM. Pelbagai persoalan dan pandangan telah diutarakan dalam sama-sama menjayakan pelbagai agenda Kementerian Pendidikan Malaysia. Mesyuarat ini ditangguhkan pada jam 5.00 petang.






Mesyuarat Penyelarasan JK Pusat Sumber Sekolah Ahli PKG Masjid Tanah Bil. 1/2015

Satu mesyuarat telah diadakan di PKG Masjid Tanah untuk JK Pusat Sumber Sekolah ahli. Mesyuarat ini telah dilaksanakan pada 24 Mac 2015 (Selasa) di Bilik Mesyuarat, PKG Masjid Tanah. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Ketua Penyelaras dan juga Penyelaras Perpustakaan sekolah ahli. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Mohd Shaifullizan Bin Zainal Abidin, Ketua PKG Masjid Tanah.

Antara agenda mesyuarat ini adalah pembentangan laporan PKG 2014. Kemudian diikuti oleh isu dan cabaran dalam pusat sumber masa kini. Turut disentuh adalah iQ-PSS, i-NILAM dan juga perlaksanaan NBOS yang menjadi KPI kepada Pengarah dan KPPM. Pelbagai persoalan dan pandangan telah diutarakan dalam sama-sama menjayakan pelbagai agenda Kementerian Pendidikan Malaysia. Mesyuarat ini ditangguhkan pada jam 5.00 petang.







Mesyuarat Penyelarasan JK Pembestarian Sekolah Ahli PKG Masjid Tanah Bil. 1/2015

Satu mesyuarat telah diadakan di PKG Masjid Tanah untuk JK Pembestarian sekolah ahli. Mesyuarat ini telah dilaksanakan pada 23 Mac 2015 (Isnin) di Bilik Seminar, PKG Masjid Tanah. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Ketua Penyelaras dan juga Penyelaras ICT sekolah ahli. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Mohd Shaifullizan Bin Zainal Abidin, Ketua PKG Masjid Tanah dan turut hadir wakil dari BTPN Melaka iaitu Tn. Hj. Khalid bin Ahmad, Pegawai Kanan BTPN Melaka.

Antara agenda mesyuarat ini adalah pembentangan laporan PKG 2014. Kemudian diikuti oleh isu dan cabaran dalam pembestarian masa kini. Turut disentuh adalah VLE, MBMMBI dan juga perlaksanaan NBOS yang menjadi KPI kepada Pengarah dan KPPM. Pelbagai persoalan dan pandangan telah diutarakan dalam sama-sama menjayakan pelbagai agenda Kementerian Pendidikan Malaysia. Mesyuarat ini ditangguhkan pada jam 5.00 petang.









Mesyuarat JK PSS Sekolah Ahli PKG Masjid Tanah Bil.1/2015

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

PKG Masjid Tanah akan mengadakan Mesyuarat JK PSS Bil.1/2015 mengikut ketetapan berikut

Tarikh  : 24 Mac 2015
Masa  : 2.00 petang
Tempat  : PKG Masjid Tanah

Kehadiran tuan/puan sangat dialukan.

*Bahan powerpoint mesyuarat pengurusan muat turun di sini.

Mesyuarat JK Pembestarian Sekolah Ahli PKG Masjid Tanah Bil. 1/2015

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera

PKG Masjid Tanah akan mengadakan Mesyuarat JK Pembestarian Bil.1/2015 mengikut ketetapan berikut

Tarikh  : 23 mac 2015
Masa  : 2.00 petang
Tempat  : PKG Masjid Tanah

Kehadiran tuan/puan sangat dialukan.

*Bahan powerpoint mesyuarat pengurusan muat turun di sini.

Taklimat Pengurusan Dan Penggunaan Netbook 1Malaysia Kepada Guru ICT Sekolah-Sekolah Negeri Melaka 2015

Sekolah ahli PKG Masjid Tanah terlibat dalam Kumpulan 2, taklimat berkenaan perkara diatas dipinda kepada ketetapan berikut

Tarikh  :  09 Mac 2015
Masa   : 2.30 petang
Tempat   : BTPN Melaka

Seorang Guru Penyelaras ICT atau Guru Penyelaras Netbook 1Malaysia sekolah diminta hadir ke taklimat tersebut. Kehadiran adalah diwajibkan. 


Pelaksanaan Speedtest 1BestariNet Sekolah Negeri Melaka


Pihak Programme Management Office (PMO-ICT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah diberi tanggungjawab untuk mengurus dan memantau prestasi capaian perkhidmatan 1Bestarinet di semua sekolah yang telah dibekalkan dengan perkhidmatan tersebut.

Tujuan pelaksanaan speedtest tersebut adalah untuk;

  1. Memantau prestasi capaian internet 1Bestarinet iaitu 4Mbps dan ke atas di sekolah-sekolah selaras dengan pematuhan kepada terma-terma perjanjian.
  2. Mengukur pencapaian Petunjuk Prestasi Utama KPM.
Sehubungan dengan itu, Juruteknik Komputer/Guru Penyelaras Bestari ICT sekolah dipohon untuk melaksanakan proses speedtest tersebut setiap hari sesi persekolahan bermula 12 Januari 2015. Laporan lengkap hendaklah menggunakan format seperti Lampiran A dan disimpan di Fail 'speedtest' di sekolah masing-masing.


Diminta mengisi laporan speedtest setiap hari di borang di bawah untuk pihak PKG mengumpul dan menyelaras laporan semua sekolah ahli sebelum jam 4.00 petang setiap hari.

*boleh klik pada Borang Online Sekolah di bahagian kiri blog