/* remove this */

Laporan Kerosakan ICT

Mulai 16 Januari 2013, pihak sekolah boleh membuat laporan di portal STS. sila klik pada gambar.

Garis Panduan NBOS

Garis Panduan Pelaksanaan Rintis National Blue Ocean Strategy (NBOS) KPM

FROG VLE

Frog VLE adalah platform berteras cloud yang fleksibel dan boleh diakses dimana-mana jua dari luar kawasan sekolah

Join Channel Telegram PKGMT

Salah satu perkhidmatan sosial yang digunakan oleh PKG Masjid Tanah dalam menyampai dan menyebarkan maklumat kepada semua warga sekolah




Tahniah diucapkan kepada En. Mohd Shaifullizan bin Zainal Abidin di atas pertukaran beliau ke BTPN Melaka mulai 23 Mei 2016. Semoga beliau akan terus maju. Segala tunjuk ajar yang telah diberi oleh beliau, kami ucapkan jutaan terima kasih. Jasamu akan kami kenang.
TERIMA KASIH.

Selamat Hari Guru 2016


ANUGERAH TOKOH NILAM PERINGKAT NEGERI MELAKA 2016

Berikut dilampirkan surat siaran dan borang penyertaan untuk Anugerah Tokoh NILAM bagi Peringkat Negeri Melaka Tahun 2016.


Borang Pengisian Data NILAM

Berikut dilampirkan borang untuk pengisian data NILAM untuk sekolah rendah dan sekolah menengah.

Sekolah Rendah
Sekolah Menengah

Taklimat Profesional Sekolah Ahli PKG Masjid Tanah Bil. 1/2016

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera Pihak PKG akan mengadakan Taklimat Profesional Sekolah Ahli PKG Masjid Tanah Bilangan 1 Tahun 2016 mengikut ketetapan berikut

Tarikh   : 25 Februari 2016 (Khamis)
Masa     : 2.30 petang
Tempat  : PKG Masjid Tanah

Diharap kerjasama daripada Pengetua dan Guru Besar Sekolah Ahli PKG Masjid Tanah untuk dapat hadir ke taklimat ini.

Sekian, terima kasih
Admin PKGMT

MUAT TURUN BAHAN TAKLIMAT

Mesyuarat Penyelarasan JK Pembestarian Bil. 1/2016

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Pihak PKG akan mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Pembestarian Sekolah Ahli PKG Masjid Tanah Bilangan 1 Tahun 2016 mengikut ketetapan berikut

Tarikh   :  23 Februari 2016 (Selasa)
Masa     :  2.30 petang
Tempat :  PKG Masjid Tanah

Diharap kerjasama daripada Ketua Penyelaras Pembestarian Sekolah Ahli PKG Masjid Tanah untuk dapat hadir ke mesyuarat ini.

Sekian, terima kasih
Admin PKGMT

MUAT TURUN BAHAN MESYUARAT


Mesyuarat Penyelaras JK PSS Bil. 1/2016

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Pihak PKG akan mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Pusat sumber Sekolah Ahli PKG Masjid Tanah Bilangan 1 Tahun 2016 mengikut ketetapan berikut

Tarikh   :  22 Februari 2016 (Isnin)
Masa     :  2.30 petang
Tempat :  Perpustakaan SK Ayer Limau

Diharap kerjasama daripada Ketua Penyelaras Sekolah Ahli PKG Masjid Tanah untuk dapat hadir ke mesyuarat ini.

Sekian, terima kasih
Admin PKGMT

MUAT TURUN BAHAN MESYUARAT

Pemakluman Penggunaan Email Rasmi Sekolah-Sekolah Negeri Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka sedang dalam usaha menjadikan email dan portal rasmi sebagai wadah utama bagi tujuan penyampaian maklumat.

Sehubungan dengan itu, segala urusan surat-menyurat ke sekolah akan menggunakan saluran email rasmi sekolah (contoh : ID mea0101@1bestarinet.yes.my). Pihak tuan juga boleh mengakses portal BTPN Melaka di laman sesawang http://btpnmel.moe.edu.my untuk tujuan di atas.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan perkara di atas boleh berhubung dengan pegawai PKG Masjid Tanah.

Sekian terima kasih.


Panduan Muatnaik data APDM ke VLE Frog

Berikut adalah panduan untuk memuatnaik data APDM ke VLE Frog



Muat turun disini

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2016



Pihak sekolah dikehendaki mengadakan Majlis Pelancaran Program NILAM berdasarkan Buku Garis Panduan Pelaksanaan Program NILAM Negeri Melaka yang telah diedarkan ke sekolah. Majlis ini diadakan dalam tempoh mulai pertengahan bulan Januari 2016 hingga ke bulan Februari 2016.

Bersama ini dilapirkan borang laporan Pelancaran NILAM Peringkat Sekolah Tahun 2016 untuk dipenuhkan oleh Penyelaras NILAM. Borang tersebut hendaklah dilamprkan dengan dokumen sokongan seperti brosur dan gambar-gambar berkaitan dan dikembalikan kepada Pusat kegiatan Guru Masjid Tanah selewat-lewatnya 15 Mac 2016.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Tn. Hj. Abu bin Hj. Selihan di talian 019-6653221 atau Mohd Shaifullizan Bin Zainal Abidin di talian 016-7868463.

Muat turun surat arahan dan borang laporan

UCAPAN PERUTUSAN TAHUN BARU 2016 OLEH YBHG. PENGARAH PENDIDIKAN MELAKA


Sebagai satu usaha memahami inspirasi, aspirasi, visi dan misi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) khususnya Jabatan Pendidikan Melaka bagi mencapai hasrat pendidikan seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013 - 2025, pihak sekolah  dipohon untuk menayangkan rakaman perutusan dalam mesyuarat pengurusan sekolah pada awal Januari 2016.

Rakamn tersebut boleh diakses dan dimuat turun melalui portal rasmi Jabatan Pendidikan Melaka (http://jpnmelaka.moe.gov.my/v3/index.php/ms), portal rasmi Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka (http://btpnmel.moe.edu.my/web) dan juga di blog PKG Masjid Tanah mulai 04 Januari 2016.

Laporan pelaksanaan sesi tayangan hendaklah dihantar kepada Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka pada atau sebelum 31 Januari 2015. Bersama ini disertakan format laporan tersebut untuk tindakan pihak tuan.



Muat turun surat arahan rasmi dan format laporan
                                                         

Muat turun rakaman video


BULETIN KPM 2015

Kenali Tanda Jangkitan Malware



Sebenarnya ada beberapa tanda yang boleh menunjukkan bahawa komputer anda telah dijangkiti malware.

Disenaraikan sebahagian besar daripada tanda biasa apabila komputer dijangkiti malware untuk rujukan anda.


  1. Prestasi komputer anda benar-benar menjadi lembap atau perlahan, sungguhpun komputer itu baru beberapa bulan dibeli. jika bukan masalah perkakasan dan sistem operasi, jangkitan malware mungkin menjadi puncanya.
  2. Tiada apa-apa tindak balas yang berlaku apabila anda mengklik pada ikon aplikasi atau aplikasi itu tidak berfungsi dengan betul. Antara perisisanyang mungkin terjejas akibat jangkitan malware ini termasuk antivirus.
  3. Sistem operasi komputer anda menjalani proses boot semula (reboot atau restart), menjadi kaku (hang) atau lumpuh (crash) tanpa sebab yang diketahui. Jangkitan malware tertentu boleh menyebabkan maslaah seperti ini.
  4. Perisian keselamatan yang dipasang pada komputer anda seperti keselamatan internet, antivirus, dan firewall telah dimatikan secara tiba-tiba. ini tidak mustahil kerana ada malware yang boleh mematikan perisian tersebut.
  5. Anda tidak boleh mengakses pemacu cakera keras (HDD) dalaman, HDD luaran atau thumbdrive yang telah dihubungkan. apabila anda cuba mengakses pemacu itu, mungkin terdapat mesej ralat (error) yang dipaparkan.
  6. Secara tiba-tiba anda tidak boleh mencetak dokumen melalaui pencetak yang dihubungkan kepada komputer. Sedangkan kabel kuasa dan kabel data pencetak sudah disambungkan serta tiada kerosakan pada perkakasannya.
  7. Muncul tetingkap pop-up yang mengatakan bahawa komputer anda sudah dijangkiti virus. Nama pengimbas virus yang dipaparkan pula kadangkala tidak pernah didengari selain tetingkap itu mungkin tidak boleh ditutup.
  8. Anda mula melihat tetingkap iklan pop-up yang muncul pada masa yang tidak dijangka atau terpapar secara rambang. Iklan pop-up seperti ini biasanya dipaparkan apabila pelayar web dibuka atau apabila internet diakses.
  9. Anda menghadapi masalah besar untuk cuba memuat turun perisian antivirus termasuk untuk melayari tapak web pembuat antivirus anda. Malah anda sukar untuk memasang perisian antivirus dan mana-mana perisian lain.
  10. Anda mungkin kehilangan secara tiiba-tiba ikon di bahagian desktop dan/ atau semua fail program lain dalam folder anda. Ini boleh terjadi kerana sesetengah malware seperti trojan boleh menyembunyikanfail-fail tersebut.
*sumber dari MajalahPC

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN DI BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN



Sukacita dimaklumkan bahawa terdapat kekosongan jawatan Pegawai Teknologi Pendidikan Gred DG29/DG32/DG34/DG41/DG42 di Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian ini mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang mempunyai kelulusan DG29/DG32/DG34/DG41/DG42 untuk memohon jawatan tersebut. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkelayakan di bawah pentadbiran Y.Bhg. Dato'/Datuk/Tuan/Puan boleh mengemukakan permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut. Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk temuduga.

Bersama-sama ini disertakan Borang Permohonan tersebut untuk hebahan dan pelawaan ini kepada semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang berkelayakan. Borang permohonan juga boleh dimuat turun di http://www.moe.edu.my/btp. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan sebelum atau pada 28 November 2015 ke alamat berikut:

Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Persiaran Bukit Kiara
50604 Kuala Lumpur
(u.p.: Unit Pentadbiran)

Pek Permulaan Sekolah VLE

Pek Permulaan Sekolah

#vle

Sumber : GM1M Kluster Frog VLE Negeri Selangor