/* remove this */ Blogger Widgets /* remove this */

Pemakluman Penggunaan Email Rasmi Sekolah-Sekolah Negeri Melaka

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka sedang dalam usaha menjadikan email dan portal rasmi sebagai wadah utama bagi tujuan penyampaian maklumat.

Sehubungan dengan itu, segala urusan surat-menyurat ke sekolah akan menggunakan saluran email rasmi sekolah (contoh : ID mea0101@1bestarinet.yes.my). Pihak tuan juga boleh mengakses portal BTPN Melaka di laman sesawang http://btpnmel.moe.edu.my untuk tujuan di atas.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan perkara di atas boleh berhubung dengan pegawai PKG Masjid Tanah.

Sekian terima kasih.