/* remove this */ Blogger Widgets /* remove this */

Makluman Tempat Pembelian Buku Rekod Bacaan Pelajar (Buku Rekod NILAM) dan Bahan-Bahan Perpustakaan


Buku Rekod Bacaan Pelajar (Buku Rekod NILAM) serta lain-lain bahan Pusat Sumber Sekolah dijual di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka (BTPN Bukit Katil), mulai tahun 2015 oleh PUSTAKAM.

Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Perpustakaan Sekolah-Sekolah negeri Melaka Bil. 1/2014 yang telah dipegerusikan oleh Yang Dipertua PUSTAKAN, Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd sidek, Timbalan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Melaka telah menetapkan setiap sekolah hanya dibenarkan menggunakan Buku Rekod Bacaan Pelajar / Buku Rekod NILAM keluaran PUSTAKAM sahaja dan tidak dibenarkan menggunakan Buku Rekod Bacaan Pelajar dari keluaran atau cetakan syarikat lain.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi Tn. Hj. Khalib bin Takim (013-6380200) atau En. Abu Bin Selihan (019-6653221). Sila rujuk lampiran untuk senarai bahan dijual oleh PUSTAKAM.

Segala kerjasama dan perhatian tuan dalam perkara ini sangat dihargai.

*muat turun Surat Makluman Sekolah dan Harga Bahan Perpustakaan