Laporan Kerosakan ICT
Mulai 16 Januari 2013, pihak sekolah boleh membuat laporan di portal STS. sila klik pada gambar.
Garis Panduan NBOS
Garis Panduan Pelaksanaan Rintis National Blue Ocean Strategy (NBOS) KPM
FROG VLE
Frog VLE adalah platform berteras cloud yang fleksibel dan boleh diakses dimana-mana jua dari luar kawasan sekolah
Join Channel Telegram PKGMT
Salah satu perkhidmatan sosial yang digunakan oleh PKG Masjid Tanah dalam menyampai dan menyebarkan maklumat kepada semua warga sekolah
ANUGERAH TOKOH NILAM PERINGKAT NEGERI MELAKA 2016
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN DI BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN
SPI Bil. 8 Tahun 2015 (Pinjaman Netbook 1Malaysia)
Pelaksanaan Speedtest 1BestariNet Sekolah Negeri Melaka
Tujuan pelaksanaan speedtest tersebut adalah untuk;
- Memantau prestasi capaian internet 1Bestarinet iaitu 4Mbps dan ke atas di sekolah-sekolah selaras dengan pematuhan kepada terma-terma perjanjian.
- Mengukur pencapaian Petunjuk Prestasi Utama KPM.
Muat turun Lampiran A
Laksanakan speedtest di laman http://www.speedtest.net/
*boleh klik pada Borang Online Sekolah di bahagian kiri blog
Makluman Tempat Pembelian Buku Rekod Bacaan Pelajar (Buku Rekod NILAM) dan Bahan-Bahan Perpustakaan
Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Persatuan Perpustakaan Sekolah-Sekolah negeri Melaka Bil. 1/2014 yang telah dipegerusikan oleh Yang Dipertua PUSTAKAN, Tuan Haji Mohd Rashid Bin Mohd sidek, Timbalan Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Melaka telah menetapkan setiap sekolah hanya dibenarkan menggunakan Buku Rekod Bacaan Pelajar / Buku Rekod NILAM keluaran PUSTAKAM sahaja dan tidak dibenarkan menggunakan Buku Rekod Bacaan Pelajar dari keluaran atau cetakan syarikat lain.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Tn. Hj. Khalib bin Takim (013-6380200) atau En. Abu Bin Selihan (019-6653221). Sila rujuk lampiran untuk senarai bahan dijual oleh PUSTAKAM.
Segala kerjasama dan perhatian tuan dalam perkara ini sangat dihargai.
*muat turun Surat Makluman Sekolah dan Harga Bahan Perpustakaan

Surat Siaran KPM Bilangan 1 Tahun 2015 (VLE)
Pelaksanaan Penggunaan Pelantar Persekitaran Pembelajaran Maya 1Bestarinet Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
KPM telah membekalkan perkhidmatan 1BestariNet yang merangkumi akses internet dan pelantar persekitaran pembelajaran maya ke semua sekolah. Pelantar Persekitaran Pembelajaran Maya atau Virtual Learning Environment (VLE) ialah aplikasi dalam talian yang menyediakan kemudahan pengurusan pengajran dan pembelajaran (PdP) bagi meningkatkan kecekapan pengurusan dan penyampaian pembelajaran.
Bagi memastikan penggunaan VLE secara optimum, Pengetua dan Guru Besar hendaklah mengambil langkah-langkah berikut:
- memberikan ID 1BestariNet kepada semua guru, murid dan ibu bapa/penjaga;
- menyediakan latihan dalaman penggunaan VLE kepada semua guru;
- memastikan guru mengintegrasikan VLE dalam PdP dan mencatatkannya dalam Rekod Persedian Mengajar;
- menggalakkan guru memberi tugasan kepada murid melalui VLE;
- menggalakkan guru membina dan menggunakan laman pembelajaran VLE bagi tujuan PdP; dan
- menggalakkan ibu bapa/penjaga memantau pembelajaran anak-anak melalui VLE
*sila muat turun Surat Siaran KPM Bil 1 Tahun 2015 (VLE) di sini
Garis Panduan Pelaksanaan Rintis NBOS KPM 2014
Keselamatan Dan Persekitaran Peralatan ICT Sekolah-Sekolah KPM
Oleh itu, risiko ancaman persekitaran seperti makhluk perosak adalah serius dan perlu diberi perhatian oleh pihak sekolah untuk mengurangkan kejadian peralatan ICT yang rosak disebabkan makhluk perosak. Pihak sekolah adalah bertanggungjawab untuk mengambil tindakan mengurangkan risiko ancaman makhluk perosak seperti pest control terhadap persekitaran peralatan ICT di sekolah masing-masing.
Tema Sambutan Hari Guru Kali Ke-43 Tahun 2014
- DEFINISI:
- GURU - Kata GURU merangkumi semua pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara.
- PENCETUS - Merujuk maksud peranan untuk menimbulkan sesuatu ilham/idea atau mengeluarkan sesuatu seperti ilmu. Guru bertindak sebagai pencetus idea kepada kreativiti dalam usaha melahirkan generasi intelek.
- KREATIVITI - Didefinisikan sebagai penghasilan idea, kebolehan untuk mencipta atau proses pemikiran yang mendorong dalam pencetusan idea baru dan berdaya kreatif.
- PENJANA - MErujuk maksud guru sebagai penggerak atau perantara yang paling penting dalam proses transformasi ke arah keberhasilan.
- INOVASI - Didefinisikan sebagai pengaplikasian kreativiti, pembaharuan, modifikasi, kaedah dan sistem bagi mencari jalan untuk menghasilkan produk baru dan perkhidmatan yang lebih baik, bermakna dan bernilai.
- HURAIAN:
- Tema hari guru Tahun 2014 dicadangkan iaitu Guru Pencetus Kreativiti, Penjana Inovatif adalah selaras dengan transformasi pendidikan ke arah membangunkan kemahiran abad ke-21 iaitu berfikiran kritis dan kreatif serta menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seimbang seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025.
- Sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastiikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya agar menjadi generasi gemilang iaitu berpengetahuan dan berkemahiran, pemikiran kritis, kreatif dan inovatif., kemahiran memimpin, memiliki sahsiah dan nilai serta semangat identiti nasional. Hal ini sangat relevan dalam PPPM yang terus mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk pendidikan seimbang sebagai asas anspirasi setiap murid.
- Guru memainkan peranan penting sebagai penggerak agen perubahan yang sentiasa kreatif dan inovatif, mempunyai keterampilan yang tinggi dari segi personaliti, mempunyai pemikiran luas dan strategik serta mampu mencetus ledakan ilmu yang dapat diterapkan kepada murid bagi membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu untuk mencipta ilmu yang baharu bertaraf dunia.
- Membudayakan inovasi merupakan agenda berterusan dalam gelombang transformasi pendidikan bagi melahirkan generasi muda yang bersedia mencapai kecemerlangan dalam persekitaran yang kompetitif secara global. Keupayaan warga pendidik menyediakan peluang kepada murid bagi mendapat pengalaman pembelajaran lebih bermakna, pengalaman pembelajaran dalam menyelesaikan masalah, kreativitidan pemikiran kritikal dilihat mampu meningkatkan kemahiran murid yang dapat berfikir secara kritis dalam konteks akademik dan persekitaran kehidupan sebenar.
- Dunia dan ekonomi yang bersifat global hari ini memerlukan pesaing yang mampu berfikir dengan lebih kritis dan kreatif dan inovatif. Justeru peranan guru sebagai penggerak generasi yang itelek dan berdaya saing perlu menghasilkan kualiti pengajaran yang gemilang dengan memperkukuh amalan terbaik dalam pendidikan.
Bengkel Penggunaan Aplikasi Sistem Pengurusan Inisiatif ICT Sekolah (SPICTS) Negeri Melaka 2014
Bahagian Audit Dalam dan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia sedang melaksanakan pengauditan tentang prestasi terhadap perkhidmatan 1BestariNet dan perolehan peralatan ICT ke makmal komputer sekolah-sekolah seluruh negara.
Bagi merealisasikan hasrat tersebut, satu sesi perbengkelan tentang penggunaan aplikasi tersebut yang akan dilaksanakan mengikut ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 10 April 2014 (Khamis)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Pusat Kegiatan Guru Masjid Tanah
Sehubungan dengan itu, Guru Penyelaras ICT sekolah tuan dijemput hadir ke sesi perbengkelan tersebut. Kehadiran adalah mewajibkan.
Pihak tuan juga dimohon membuat persediaan awal untuk menyediakan data dari maklumat sekolah tentang perkhidmatan 1BestariNet dan perolehan peralatan ICT ke makmal komputer (HP MultiSeat, VDI Thin Client, Chromebook) dengan mengakses aplikasi sistem ini di alamt URL http://www.moe.gov.my/bad/icts untuk dilaksanakan semasa sesi perbengkelan.
Kerjasama dan perhatian tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
*diminta pihak tuan untuk membawa
- Laptop
- Extension wire
- Zoom / Dongle YES
*muat turun Manual Penggunaan SPICT
Kajian Keperluan Radio Pendidikan Di Sekolah Kurang Murid (SKM)
Untuk makluman, Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalankan satu kajian bertajuk Keperluan Radio Pendidikan di Sekolah Kurang Murid (SKM) berdasarkan keputusan Mesyuarat Pengurusan Dasar Bil. 1/2013. Hasil dapatan kajian ini akan menjadi input untuk menambah baik penggunaan Radio Pendidikan di SKM.
Kajian ini akan dijalankan disemua Sekolah Kurang Murid (SKM) di seluruh negara bermula 31 Julai hingga 29 Ogos 2013. Kajian ini akan dijalankan secara atas talian dan soal selidik bagi kajian ini boleh dilayari melalui :
http://www.tvpendidikan.my/
Kerjasama daripada pihak sekolah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
*muaturun senarai sekolah dan nombor token klik sini.
Bengkel Pemantapan Pengurusan Teknikal Dan Sahsiah Juruteknik Komputer di Bawah Program Pelaksanaan Rintis Pemantapan Profesion Guru di Melaka 2013
Salam sejahtera,
Juruteknik Komputer PKG ( FT17 ),
Adalah dimaklumkan bahawa bengkel ini akan diadakan pada ketetapan seperti berikut.
Tarikh : 06 hingga 09 Mei 2013
Masa : 8.30 pagi hingga 10.00 malam
Tempat : PIAI CAPE HOLIDAYS SDN. BHD.
Tanjung Piai, Serkat, Johor
Pengangkutan : Bas disediakan ( bertolak dari BTPN Melaka jam 9.00 pagi.
Sehubungan dengan itu tuan/puan diwajibkan hadir pada masa dan tempat yang telah ditetapkan.
Sekian, terima kasih
Taklimat Pengurusan dan Pentadbiran PSS 2013
Bahagian Teknologi Penddikan Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Melaka akan mengadakan Taklimat Pengurusan dan Pentadbiran PSS 2013. Taklimat ini bertujuan memberikan maklumat terkini mengenai tugas dan tanggungjawab GPM dalam membantu pembantu tadbir sambilan (AKP) megendali pengurusan dan pentadbiran Pusat Sumber Sekolah.
Sehubungan dengan itu, diminta semua GPM sekolah ahli untuk hadir dalam taklimat seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 29 Januari (Selasa)
Masa : 2.30 petang
Tempat : Bilik Al-Khawarizmi,
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka
Jalan Tun Kudu, Bukit Katil, Melaka
Sebarang pertanyaan sila hubungi PKG Masjid Tanah.
Sekian Terima Kasih.
ADMINPKGMT06
*surat akan difaks ke sekolah pada 21 Januari 2013
*untuk muaturun surat panggilan sila klik sini
Siaran Penggal Persekolahan, Cuti Am dan Jadual Peperiksaan Utama 2013
untuk memuaturun lampiran tersebut sila klik di sini
Bengkel Kerja AKP (Pembantu Tadbir Sambilan Harian) Fasa 2 Bagi Program Pemantapan Profesion Guru (Rintis)
Sukacita dimaklumkan bahawa Bengkel Kerja AKP (Pembantu Tadbir Sambilan Harian) Fasa 2 Bagi Program Pemantapan Profesion Guru (Rintis) di Melaka akan diadakan seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 9, 10, 11 dan 12 Disember 2012 (Ahad-Rabu)
Tempat : Corus Paradise Resort, Port Dickson
3.5 km, Jalan Pantai
71000 Port Dickson
Negeri Sembilan
Segala urusan berkaitan tuntutan perjalanan dan perbatuan adalah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM. Oleh itu, tuan/puan adalah dikehendaki membawa dokumen sokongan iaitu, salinan kad pengenalan, muka depan buku bank (no. akaun bank)., kad touch n go (jika guna) bagi urusan tuntutan perjalanan.
Surat panggilan akan difakskan ke pejabat sekolah masing-masing.
Sekolah yang terlibat :
1. SMK Sultan Alauddin
2, SMK Hang Kasturi
3. SK Masjid Tanah
4, SK Bukit Beringin
5. SK Datuk Tambichik Karim
6. SK Durian Daun (K)
7. SK Jeram
8. SK Telok Berembang
9. SK Rantau Panjang
muaturun surat panggilan di sini
Bengkel Kerja AKP (Pembantu Tadbir Sambilan Harian) Fasa 1 Bagi Program Pemantapan Profesion Guru (Rintis)
Tarikh : 2,3,4 dan 5 Disember 2012 (Ahad-Rabu)
Tempat : Corus Paradise Resort, Port Dickson
3.5 km, Jalan Pantai
71000 Port Dickson
Negeri Sembilan
Segala urusan berkaitan tuntutan perjalanan dan perbatuan adalah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM. Oleh itu, tuan/puan adalah dikehendaki membawa dokumen sokongan iaitu, salinan kad pengenalan, muka depan buku bank (no. akaun bank)., kad touch n go (jika guna) bagi urusan tuntutan perjalanan.
Surat panggilan telah pun difakskan ke pejabat sekolah masing-masing.
muaturun surat panggilan di sini
Bengkel Kerja AKP (Juruteknik Komputer) bagi Program Pemantapan Profesion Guru (Rintis) Di Melaka
Tarikh : 28,29 dan 30 November 2012 (Rabu-Jumaat)
Tempat : Ancasa Allsuites Resort & Spa,
Batu 8 1/2, Jalan Pantai Teluk Kemang
Port Dickson.
Surat Panggilan telah difakskan ke pejabat sekolah masing-masing. Untuk makluman, pelaksanaan bengkel kerja ini telah dimaklumkan ke Jabatan Pelajaran Melaka.
Kerjasama tuan/puan di dalam perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.
sekian
muaturun surat panggilan di sini
Kolokium Literasi Maklumat Sekolah Rendah Negeri Melaka 2012
Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL)2012
Pihak IAB akan membuka permohonan NPQEL bagi tahun 2013 mulai 26 September 2012 secara atas talian di http://www.iab.moe.gov.my/npqel. Ambilan bagi kursus ini akan dibuat sebanyak dua (2) kali setahun.
Sasaran peserta adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang sedang berkhidmat di;
- Sekolah.
- Pejabat Pelajaran Daerah.
- Jabatan Pelajaran Negeri dan;
- Bahagian-Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia.