/* remove this */ Blogger Widgets /* remove this */

Surat Siaran Cuti Ganti Sempena Hari Raya Aidilfitri Tahun 2012

Semua Pengetua / Guru Besar
Sekolah Menengah Dan Sekolah Rendah
Negeri Melaka
Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri Melaka telah menerima Surat Siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 25 Tahun 2012. Sehubungan itu Kementerian Pelajaran Malaysia telah bersetuju memberi kemudahan Cuti Berganti pada 17 Ogos 2012 bagi tujuan keselesaan dan kemudahan kepada semua pihak untuk pulang menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang dijangkakan jatuh pada hari Ahad, 19 Ogos 2012 dan Kementerian Pelajaran Malaysia mencadangkan supaya tarikh cuti tersebut digantikan pada hari Sabtu, 22 September 2012.
Oleh itu, pihak sekolah yang ingin mengambil cuti berganti sempena Hari Raya Aidil Fitri hendaklah mengemukakan permohonan kepada Pengarah Pelajaran Melaka selaku pendaftar untuk kelulusan.
Segala pertanyaan mengenai perkara ini hendaklah dirujuk kepada Hj. Zubir bin Mohd Nor, Ketua Unit Perhubungan dan Pendaftaran pada talian 06-232 5636 atau 013-618889. Rujuk Surat Siaran Cuti Berganti Sempena Hari Raya Aidil Fitri Tahun 2012 Jabatan Pelajaran Melaka.
Sekian, terima kasih.