/* remove this */ Blogger Widgets /* remove this */

Semakan Pengauditan Kedua - Pembekalan Peralatan ICT Kaedah HP Multiseat 2012

         
 Untuk makluman, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia sedang melaksanakan pengauditan kali kedua ke atas pembekalan ICT dengan kaedah HP Multiseat secara rundingan terus ke makmal komputer, pusat akses dan pra sekolah. 


          Tujuan pengauditan tersebut adalah untuk memastikan Syarikat Mutiara Smart Computing Sdn Bhd telah menyempurnakan kerja pemasangan di 30 buah sekola di Negeri Melaka yang terlibat mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Pengauditan ini akan dilaksanakan oleh pegawai-pegawai dari BTPN Melaka dalam tempoh 1hb Ogos hingga 7hb Ogos 2012.


          Bagi kawasan PKG Masjid Tanah, sekolah yang terlibat dalam pengauditan ini ialah SMK Ghafar Baba. Sebarang kemusykilan boleh dikemukakan kepada PKG Masjid Tanah.


Kerjasama dan perhatian tuan terhadap perkara ini amatlah dihargai.


Sekian, terima kasih.