/* remove this */ Blogger Widgets /* remove this */

Notis Makluman Kerja-Kerja Migrasi Alatan ZOOM


Pihak kontraktor bagi projek 1BestariNet akan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan alatan ZOOM bagi 2,300 sekolah yang telah mendapat perkhidmatan 1BestariNet (Bagi pemasangan sehingga 23 Julai 2012. Penyelenggaraan ini akan dijalankan secara berperingkat dan akan dimulakan pada 31 Julai 2012 sehingga 14 September 2012. Penyelenggaraan akan dilaksanakan secara ”remotely” dari Pusat Pengkalan Data YTL. Sekolah yang terlibat akan mengalami gangguan capaian internet selama 5 minit.  Sehubungan dengan itu, pihak sekolah dinasihatkan untuk mengaktifkan ZOOM 24 jam selama tempoh migrasi. Jika terdapat sebarang masalah atau mengalami gangguan melebihi tempoh masa yang ditetapkan, pihak sekolah diminta menghubungi talian meja bantuan YTL di 018-7998787 atau emel kepada moesupport@ytlcomms.my.
Di atas segala kerjasama pihak puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului ucapan terima kasih.