/* remove this */ Blogger Widgets /* remove this */

Read 1 Malaysia



Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan kerjasama Scholastic Malaysia akan melaksanakan Program Kem membaca 1Malaysia 2012 (KM1M 2012) dan READ2012 One Nation Reading Together. Oleh itu 100 sekolah di Melaka telah dipilih untuk menyertai program tersebut.

Untuk PKG Masjid Tanah, sebanyak 6 buah sekolah telah terpilih iaitu:

  1. SMK Ghafar Baba
  2. SMK Hang Kasturi
  3. SMK Sultan Alauddin
  4. SMK Lubok China
  5. SMK Sungai Udang
  6. SK Masjid Tanah (Integ)
Sekolah-sekolah yang terpilih hendaklah mendaftar di www.readtogether.com.my selewat-lewatnya pada 30 September 2012. Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Shuhani Bin Hassan di talian 06-2324478 atau 012-3121544, Unit Pengurusan Sumber Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka atau PKG Masjid Tanah.

Antara cadangan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan semasa program itu ialah:

Tarikh
Sekolah Rendah
Sekolah Menengah
22.10.2012
(Isnin)
Sesi Bercerita dan Pertandingan Mewarna
Pertandingan Pidato, Perbahasan/ Public Speaking/ Choral Speaking
23.10.2012
(Selasa)
      1.    10 minit bersama buku.
      2.    Projek Kitar Semula – contoh : Sayangi Bumi Kita.
24.10.2012
(Rabu)
Majlis Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia 2012
25.10.2012
(Khamis)
Jejak Maklumat & Majlis Penyampaian Hadiah
Klinik Membaca & Majlis Penyampaian Hadiah

Pihak sekolah juga boleh melaksanakan aktiviti-aktiviti galakan membaca yang difikirkan
sesuai dengan kemampuan, kreativiti dan kesesuaian pendekatan dalam menarik minat
murid-murid untuk membaca, selain daripada aktiviti yang dicadangkan di atas.