Sebenarnya ada beberapa tanda yang boleh menunjukkan bahawa komputer anda telah dijangkiti malware.
Disenaraikan sebahagian besar daripada tanda biasa apabila komputer dijangkiti malware untuk rujukan anda.
- Prestasi komputer anda benar-benar menjadi lembap atau perlahan, sungguhpun komputer itu baru beberapa bulan dibeli. jika bukan masalah perkakasan dan sistem operasi, jangkitan malware mungkin menjadi puncanya.
- Tiada apa-apa tindak balas yang berlaku apabila anda mengklik pada ikon aplikasi atau aplikasi itu tidak berfungsi dengan betul. Antara perisisanyang mungkin terjejas akibat jangkitan malware ini termasuk antivirus.
- Sistem operasi komputer anda menjalani proses boot semula (reboot atau restart), menjadi kaku (hang) atau lumpuh (crash) tanpa sebab yang diketahui. Jangkitan malware tertentu boleh menyebabkan maslaah seperti ini.
- Perisian keselamatan yang dipasang pada komputer anda seperti keselamatan internet, antivirus, dan firewall telah dimatikan secara tiba-tiba. ini tidak mustahil kerana ada malware yang boleh mematikan perisian tersebut.
- Anda tidak boleh mengakses pemacu cakera keras (HDD) dalaman, HDD luaran atau thumbdrive yang telah dihubungkan. apabila anda cuba mengakses pemacu itu, mungkin terdapat mesej ralat (error) yang dipaparkan.
- Secara tiba-tiba anda tidak boleh mencetak dokumen melalaui pencetak yang dihubungkan kepada komputer. Sedangkan kabel kuasa dan kabel data pencetak sudah disambungkan serta tiada kerosakan pada perkakasannya.
- Muncul tetingkap pop-up yang mengatakan bahawa komputer anda sudah dijangkiti virus. Nama pengimbas virus yang dipaparkan pula kadangkala tidak pernah didengari selain tetingkap itu mungkin tidak boleh ditutup.
- Anda mula melihat tetingkap iklan pop-up yang muncul pada masa yang tidak dijangka atau terpapar secara rambang. Iklan pop-up seperti ini biasanya dipaparkan apabila pelayar web dibuka atau apabila internet diakses.
- Anda menghadapi masalah besar untuk cuba memuat turun perisian antivirus termasuk untuk melayari tapak web pembuat antivirus anda. Malah anda sukar untuk memasang perisian antivirus dan mana-mana perisian lain.
- Anda mungkin kehilangan secara tiiba-tiba ikon di bahagian desktop dan/ atau semua fail program lain dalam folder anda. Ini boleh terjadi kerana sesetengah malware seperti trojan boleh menyembunyikanfail-fail tersebut.
*sumber dari MajalahPC