/* remove this */ Blogger Widgets /* remove this */

Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL)2012

Dimaklumkan bahawa Institut Amiuddin Baki akan menganjurkan NPQEL di bawah Program Latihan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Akademik 2012. Program ini dilaksanakan dalam tempoh 5 bulan secara face to face dan juga e-learning. Ini membolehkan peserta menjalani kursus ini tanpa perlu memohon cuti belajar atau melepaskan jawatan hakiki yang disandang.

Pihak IAB akan membuka permohonan NPQEL bagi tahun 2013 mulai 26 September 2012 secara atas talian di http://www.iab.moe.gov.my/npqel. Ambilan bagi kursus ini akan dibuat sebanyak dua (2) kali setahun.

Sasaran peserta adalah Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang sedang berkhidmat di;

  1. Sekolah.
  2. Pejabat Pelajaran Daerah.
  3. Jabatan Pelajaran Negeri dan;
  4. Bahagian-Bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia.
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi terus urus setia di talian 03-6105 6137 / nikmarini@iab.edu.my atau di talian 03-6105 6296

Sila muaturun Surat Siaran dan juga syarat-syarat permohonan (Lampiran A) di sini