/* remove this */ Blogger Widgets /* remove this */

Pemeriksaan verifikasi SSQS 2012: BTP/BTPN-JNJK di SMK Sg Udang

SMK Sungai Udang adalah antara 19 buah sekolah seluruh Negeri Melaka yang terpilih untuk Pemeriksaan Verifikasi SSQS 2012 oleh pihak Bahagian Tekonologi Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka dan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.

Pemeriksaan tersebut telah diadakan pada 13 dan 14 September 2012 (Khamis dan Jumaat) dan dihadiri oleh Pn. Noor Lela Binti Omar (JNJK Putrajaya), En. Hishamuddin Bin Hashim (JNJK Kedah) dan 2 orang wakil PKG Masjid Tanah.

Pada 13 September 2012 (Khamis), pihak Nazir telah membuat pemeriksaan secara individu dan kumpulan terhadap beberapa orang murid, guru dan juga Tuan Pengetua, En. Omar bin Yusop. Keesokan harinya ialah pembentangan dapatan oleh pihak Nazir. 

Setinggi penghargaan diberikan kepada pihak sekolah kerana layanan dan kesediaan barisan pentadbir, guru dan murid untuk pemeriksaan verifikasi ini. Tahniah diucapkan.


sila klik untuk lebih gambar