/* remove this */ Blogger Widgets /* remove this */

Bengkel Penggunaan Perisian Bahan Digital MBMMBI Bahasa Malaysia Sekolah Rendah Tahun 5 & 6 untuk negeri Melaka Tahun 2014

Satu bengkel telah diadakan di PKG Masjid Tanah pada tarikh 20 Februari 2014 (Isnin) bermula pada pukul 2.00 petang hingga pukul 5.00 petang. Bengkel tersebut dihadiri oleh 16 orang Ketua Panitia Bahasa Melayu sekolah rendah kawasan PKG Masjid Tanah.

Dalam bengkel tersebut guru-guru telah diterangkan bagaimana menggunakan perisian tersebut dengan lebih berkesan. Guru yang hadir juga telah membuat ujilari kandungan bekalan CD yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menggunakan komputer masing-masing dan mengenal pasti masalah-masalah teknikal untuk dikongsikan bersama. Guru-guru juga diberi pendedahan tentang kandungan CD tersebut dimanabahan-bahan tersebut adalah bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang menggabungkan grafik, animasi, audio dan video berdasarkan kurikulum terkini.

Bahan tersebut juga dibangunkan khusus untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang aktif di bilik darjah, makmal komputer dan juga perpustakaan. Guru yang hadir juga dikehendaki menandatangani  Suray Akuan Penerimaan (SAP) sebagai bukti penerimaan bahan tersebut ke sekolah masing-masing. Fasilitator yang terlibat ialah En. Mohd Shaifullizan Bin Zainal Abidin (PTP PKG Masjid Tanah) dan juga En. Mohd Rehan Bin Jahaya (Juruteknik Komputer PKG Masjid Tanah).