/* remove this */ Blogger Widgets /* remove this */

Bengkel MBMMBI P. KHAS English Tahap 2 2014

Satu bengkel telah diadakan di PKG Masjid Tanah pada tarikh 27 Februari 2014 (Isnin) bermula pada pukul 2.00 petang hingga pukul 5.00 petang. Bengkel tersebut dihadiri oleh 30 orang Guru Bahasa Inggeris Pendidikan Khas sekolah rendah Daerah Alor Gajah.

Dalam bengkel tersebut guru-guru telah diterangkan bagaimana menggunakan perisian tersebut dengan lebih berkesan. Guru yang hadir juga telah membuat ujilari kandungan bekalan CD yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia menggunakan komputer masing-masing dan mengenal pasti masalah-masalah teknikal untuk dikongsikan bersama. Guru-guru juga diberi pendedahan tentang kandungan CD tersebut dimanabahan-bahan tersebut adalah bahan pengajaran dan pembelajaran digital yang menggabungkan grafik, animasi, audio dan video berdasarkan kurikulum terkini.

Bahan tersebut juga dibangunkan khusus untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang aktif di bilik darjah, makmal komputer dan juga perpustakaan. Guru yang hadir juga dikehendaki menandatangani  Surat Akuan Penerimaan (SAP) sebagai bukti penerimaan bahan tersebut ke sekolah masing-masing. Fasilitator yang terlibat ialah En. Mohd Shaifullizan Bin Zainal Abidin (PTP PKG Masjid Tanah), En. Saiful Hadee Bin Amar(Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Pengkalan Balak), Mohamad Sallehuddin Bin Ab Razak(JTK PKG Melekek), Mohd Nadhir Haniff Bin Abd Rashid(JTK PKG Alor Gajah) dan Salmiza Binti Mohammad (JTK PKG Melekek).