Untuk membuat pinjaman secara digital daripada Perpustakaan Negara Malaysia, pengguna hanya perlu ke laman rasmi PNM, dan seterusnya mendaftar akaun percuma.
Sebaik sahaja selesai mendaftar, anda akan diminta untuk mengaktifkan akaun menggunakan emel, dan seterusnya sudah boleh mengakses koleksi buku yang disediakan oleh pihak Perpustakaan Negara Malaysia.
Pihak PNM menawarkan kemudahan untuk pengguna pinjam sesuatu buku selama 7 hari secara digital – dimana ia akan ditambah ke akaun anda untuk diakses, dan selepas tujuh hari ia akan dipadam. Seperti biasa, anda masih boleh pinjam ia semula untuk meneruskan bacaan anda.
Untuk memudahkan proses membaca, pihak PNM menyediakan aplikasi untuk iPad dan juga Android, selain turut menawarkan kemudahan untuk membaca secara online.
Buat masa ini, penawaran buku digital melalui PNM masih terhad, tetapi ia mungkin ditambah dari hari ke hari, apatah lagi dengan perkembangan sihat dalam arena penerbitan digital dari hari ke hari.
SUMBER RUJUKAN : ARIEF, AMANZ