/* remove this */ Blogger Widgets /* remove this */

Rakan Pembaca


Program NILAM mempunyai dua tahap. Tahap pertama ialah untuk membina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Tahap ini dikenali sebagai JAUHARI. Tahap kedua pula membantu pencambahan penyertaan murid dan pencamahan peggunaan bahan dalam gerakan membaca. Tahap ini dikenali sebagai RAKAN PEMBACA (RP).
Tahap kedua (RAKAN PEMBACA)
Ciri-ciri tahap kedua NILAM ialah mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca. Tahap ini dinamakan RAKAN PEMBACA (RP). Tahap ini dilakukan sekiranya tahap pertama telah dapat disempurnakan. Tahap ini memberi penekanan kepada kebolehan murid membimbing dan menarik minat orang lain supaya suka membaca. Setelah membaca sejumlah 100 buku, murid layak memasuki Tahap RP. Walaubagaimanapun aktiviti Tahap JAUHARI masih diteruskan.
1. Proses di tahap RP ini ialah pelajar RP menerima panduan daripada guru pembimbing yang dikhaskan untuk mereka. Dicadangkan 10 orang pelajar yang berkebolehan dibimbing oleh seorang guru. Guru bolehlah mengambil peluag untuk turut bersama berada di tempat akitiviti, ataupun melawat ke rumah-rumah dan membuat pengesahan kemajuan aktiviti yang dijalankan oleh murid tersebut secara tidak formal.
2. Murid dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk menjayakan aktiviti ini. Murid akan memilih dan meminjam buku dari pusat sumber sekolah untuk dibawa pulang. Buku-buku ini akan dipinjam dan dibaca oleh rakan, keluarga dan jiran.
3. Pengiraan markah bagi akitivi ini agak rumit kerana ia melibatkan berbagai-bagai aktiviti yang dijalankan, antaranya ialah Bercerita, Membaca bersama, Bicara buku, Meminjam buku.
Nota : banyak sesi boleh diadakan untuk sebuah buku.
4. Sistem ganjaran RP - Segala aktiviti RP yang dijalankan oleh murid direkodkan dalam buku khas, disemak dan dinilai oleh guru pembimbing yang ditentukan.