/* remove this */ Blogger Widgets /* remove this */

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025


Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia  2013 - 2025 boleh di muaturun di blog ini.
Terdapat 11 anjakan utama dalam PPP yang akan dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun menerusi 3 fasa :


  • Gelombang pertama membabitkan penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan, di mana keperluan guru diberikan penekanan serta pelajar akan diberikan tumpuan dalam pembangunan kemahiran asas mereka.
  • Bagi gelombang kedua, rancangan pelaksanaanya akan dilakukan berasaskan perkembangan dan pencapaian semasa.
  • Untuk gelombang ketiga pula, bermula 2020 hingga 2025, kuasa autonomi membabitkan pentadbiran sekolah akan diberikan.


Antara 11 fokus anjakan dalam mentransformasikan sistem adalah :
(M/S 22 dalam Laporan)

1.  Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf  

     Antarabangsa.
2.  Memastikan Setiap Murid Profisien Dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa 

     Inggeris.
3.  Melahirkan Rakyat Malaysia Dengan Penghayatan Nilai.
4.  Tranformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan.
5.  Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Di tempatkan Setiap Sekolah. 
6.  Mengupaya JPN, PPD dan Sekolah Untuk Menyediakan Penyelesaian Khusus 

     Berasaskan Keperluan
7.  Memanfaatkan ICT Bagi Meningkatkan Kualitu Pembelajaran Di Malaysia.
8.  Mentranformasi kebolehupayaan dan Kapasiti Penyampian Kementerian.
9.  Bekerjasama Dengan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Secara 

     Meluas.
10. Memaksimumkan Keberhasilan Murid Bagi Setiap Ringgit.
11. Meningkatkan Ketelusan Untuk Akauntabiliti Awam Secara Langsung.



* sila klik sini untuk muaturun