/* remove this */

Laporan Kerosakan ICT

Mulai 16 Januari 2013, pihak sekolah boleh membuat laporan di portal STS. sila klik pada gambar.

Garis Panduan NBOS

Garis Panduan Pelaksanaan Rintis National Blue Ocean Strategy (NBOS) KPM

FROG VLE

Frog VLE adalah platform berteras cloud yang fleksibel dan boleh diakses dimana-mana jua dari luar kawasan sekolah

Join Channel Telegram PKGMT

Salah satu perkhidmatan sosial yang digunakan oleh PKG Masjid Tanah dalam menyampai dan menyebarkan maklumat kepada semua warga sekolah

Meja Bantuan 1BestariNet

Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia.
 
Selaras dengan peruntukan kontrak dengan YTL, semua masalah berkenaan dengan rangkaian 1BestariNet mestilah dilaporkan terus kepada meja bantuan YTL bagi membolehkan masalah dapat diselesaikan. Untuk pengetahuan pihak tuan, semua aduan yang sah mestilah mempunyai nombor log aduan, oleh yang demikian pihak sekolah atau pihak yang melapor perlu meminta nombor log aduan tersebut.
 
Jika terdapat masalah seperti berikut :
 
              1) Meja bantuan YTL tidak berjawab,
 
              2) Tiada nombor log aduan,
 
Maka pihak sekolah boleh melaporkan kepada PMO ( raudhah.pmo@gmail.com)
 
Berikut merupakan maklumat meja bantuan YTL.
 
1.   Talian meja bantuan 1Bestarinet : 018-7998787
 
 
Sekian, harap maklum.

Pautan Antivirus Untuk 1BestariNet

Rujukan Kami: JPM.ICTM.100-9/7/1 Jld. 4 (126)
Tarikh : 3 Januari 2013
Kepada
Pengetua / Guru Besar
Sekolah-Sekolah Negeri Melaka
Disertakan link antivirus untuk kegunaan sekolah dalam 1Bestarinet di sekolah pentadbiran masing-masing.  Untuk makluman, antivirus ini memerlukan spesifikasi PC yang sesuai untuk digunakan. Sila semak dengan helpdesk YTL.
Semakan telah dibuat dan kedua-dua link tersebut boleh diakses (32-bit & 64-bit) dari PC di PMO. (Windows 7 Professional 32-bit, 4GB RAM, Intel i5 3.10 GHz)
Links diakses melalui Internet Explorer 8 dan Google Chrome Version 23.0.1271.95 m.

Dipersilakan untuk muatturun Antivirus berkenaan di bawah ini.
Windows 64-bit


**Nota : Download menggunakan talian 1Bestarinet.

Harap Maklum.


Sumber : JPN Melaka

Bengkel Penggunaan Sistem i-Nilam untuk PTPO sekolah ahli PKG Masjid Tanah

Bengkel Penggunaan Sistem i-Nilam ini diadakan untuk Pembantu Tadbir (PO) Rintis Sekolah Ahli PKG Masjid Tanah dengan tujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran semua PTPO tentang penggunaan sistem i-Nilam secara atas talian.

Bengkel ini diadakan di Makmal Komputer SK Sri Laksamana pada 27 Februari 2013 (Rabu) bermula jam 2.00 petang. Fasilitator untuk bengkel ini ialah Mohd Shaifullizan Bin Zainal Abidin, PTP PKG Masjid Tanah dan dibantu oleh En. Mohd Rehan bin Jahaya, FT PKG Masjid Tanah.

Sekalung tahniah kepada Pembantu Tadbir PO Rintis yang berjaya hadir ke bengkel ini. Diharap i-Nilam sekolah dapat berjalan dengan lancar.


sila klik sini untuk lebih gambat

Pembayaran Talian Internet Bagi Tempoh Interim Sekolah-sekolah Negeri Melaka 2013

Untuk makluman pihak sekolah, semua urusan pembayaran dan pemantauan perkhidmatan internet bagi tempoh interim sekolah-sekolah negeri Melaka akan diuruskan sepenuhnya oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka bermula januari 2013

Sekiranya pihak sekolah menghadapai gangguan talian internet dalam tempoh interim sila menghubungi talian School Broadband (SBB) di 1800-22-7722 atau terus hubungi pihak PKG Masjid Tanah di talian 06-3844567. Laporan kerosakan hendaklah dibuat dengan segera.

Sekiranya pihak sekolah telah menerima perkhidmatan 1Bestarinet, sila maklumkan SEGERA kepada pihak TM untuk proses pemotongan talian internet sedia ada bagi mengelakkan pertindihan pembayaran.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Tuan haji Khalid Bin Ahmad, Pegawai Perkhidmatan ICT di talian 06-2324478 atau 019-6574084

Sekian, terima kasih.
Admin PKGMT.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025


Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia  2013 - 2025 boleh di muaturun di blog ini.
Terdapat 11 anjakan utama dalam PPP yang akan dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun menerusi 3 fasa :


  • Gelombang pertama membabitkan penyediaan Pelan Pembangunan Pendidikan, di mana keperluan guru diberikan penekanan serta pelajar akan diberikan tumpuan dalam pembangunan kemahiran asas mereka.
  • Bagi gelombang kedua, rancangan pelaksanaanya akan dilakukan berasaskan perkembangan dan pencapaian semasa.
  • Untuk gelombang ketiga pula, bermula 2020 hingga 2025, kuasa autonomi membabitkan pentadbiran sekolah akan diberikan.


Antara 11 fokus anjakan dalam mentransformasikan sistem adalah :
(M/S 22 dalam Laporan)

1.  Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf  

     Antarabangsa.
2.  Memastikan Setiap Murid Profisien Dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa 

     Inggeris.
3.  Melahirkan Rakyat Malaysia Dengan Penghayatan Nilai.
4.  Tranformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan.
5.  Memastikan Kepimpinan Berprestasi Tinggi Di tempatkan Setiap Sekolah. 
6.  Mengupaya JPN, PPD dan Sekolah Untuk Menyediakan Penyelesaian Khusus 

     Berasaskan Keperluan
7.  Memanfaatkan ICT Bagi Meningkatkan Kualitu Pembelajaran Di Malaysia.
8.  Mentranformasi kebolehupayaan dan Kapasiti Penyampian Kementerian.
9.  Bekerjasama Dengan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta Secara 

     Meluas.
10. Memaksimumkan Keberhasilan Murid Bagi Setiap Ringgit.
11. Meningkatkan Ketelusan Untuk Akauntabiliti Awam Secara Langsung.



* sila klik sini untuk muaturun

Rakan Pembaca


Program NILAM mempunyai dua tahap. Tahap pertama ialah untuk membina kemahiran dan menanam minat membaca sehingga terbina satu tabiat. Tahap ini dikenali sebagai JAUHARI. Tahap kedua pula membantu pencambahan penyertaan murid dan pencamahan peggunaan bahan dalam gerakan membaca. Tahap ini dikenali sebagai RAKAN PEMBACA (RP).
Tahap kedua (RAKAN PEMBACA)
Ciri-ciri tahap kedua NILAM ialah mengutamakan aspek kepimpinan dalam aktiviti membaca. Tahap ini dinamakan RAKAN PEMBACA (RP). Tahap ini dilakukan sekiranya tahap pertama telah dapat disempurnakan. Tahap ini memberi penekanan kepada kebolehan murid membimbing dan menarik minat orang lain supaya suka membaca. Setelah membaca sejumlah 100 buku, murid layak memasuki Tahap RP. Walaubagaimanapun aktiviti Tahap JAUHARI masih diteruskan.
1. Proses di tahap RP ini ialah pelajar RP menerima panduan daripada guru pembimbing yang dikhaskan untuk mereka. Dicadangkan 10 orang pelajar yang berkebolehan dibimbing oleh seorang guru. Guru bolehlah mengambil peluag untuk turut bersama berada di tempat akitiviti, ataupun melawat ke rumah-rumah dan membuat pengesahan kemajuan aktiviti yang dijalankan oleh murid tersebut secara tidak formal.
2. Murid dilatih melalui bengkel dan sesi tunjuk cara yang dirancang untuk menjayakan aktiviti ini. Murid akan memilih dan meminjam buku dari pusat sumber sekolah untuk dibawa pulang. Buku-buku ini akan dipinjam dan dibaca oleh rakan, keluarga dan jiran.
3. Pengiraan markah bagi akitivi ini agak rumit kerana ia melibatkan berbagai-bagai aktiviti yang dijalankan, antaranya ialah Bercerita, Membaca bersama, Bicara buku, Meminjam buku.
Nota : banyak sesi boleh diadakan untuk sebuah buku.
4. Sistem ganjaran RP - Segala aktiviti RP yang dijalankan oleh murid direkodkan dalam buku khas, disemak dan dinilai oleh guru pembimbing yang ditentukan.

Meningkatkan Produktiviti Kerja melalui Kekunci 'Shortcut'


Tahukah anda bahawa anda boleh mengoptimumkan produktiviti kerja dengan hanya mengetahui dan menggunakan beberapa 'shortcut' yang ada pada papan kekunci anda? Cubalah sekarang?
Sila rujuk Rajah di bawah.



Meningkatkan Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran melalui Sumber Pendidikan di Library of Congress

Adakah anda mencari bahan untuk Rancangan Pengajaran-Pembelajaran Harian anda? Adakah anda anda mencari objek pembelajaran (Learning Objects-LO) untuk menarik minat murid dalam kelas? Jika ya, anda tak perlu bersusah-payah membina LO anda sendiri. Di Perpustakaan Digital 'Library of Congress' terdapat 151.8 juta koleksi di hujung jari anda. Anda hanya perlu mencari bahan yang sesuai untuk PdP dan murid anda. Yang penting ialah kreativiti. Apa tunggu lagi?

sila klik sini untuk terus ke Library of Congress


Taklimat Pengurusan dan Pentadbiran PSS 2013

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Bahagian Teknologi Penddikan Negeri Melaka dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Melaka akan mengadakan Taklimat Pengurusan dan Pentadbiran PSS 2013. Taklimat ini bertujuan memberikan maklumat terkini mengenai tugas dan tanggungjawab GPM dalam membantu pembantu tadbir sambilan (AKP) megendali pengurusan dan pentadbiran Pusat Sumber Sekolah.

Sehubungan dengan itu, diminta semua GPM sekolah ahli untuk hadir dalam taklimat seperti ketetapan berikut:

      Tarikh    :  29 Januari (Selasa)
      Masa     :  2.30 petang
      Tempat  :  Bilik Al-Khawarizmi, 
                        Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Melaka
                        Jalan Tun Kudu, Bukit Katil, Melaka

Sebarang pertanyaan sila hubungi PKG Masjid Tanah.

Sekian Terima Kasih.

ADMINPKGMT06

*surat akan difaks ke sekolah pada 21 Januari 2013
*untuk muaturun surat panggilan sila klik sini

Penarafan iQ-PSS

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.

Penarafan iQ-PSS bermula pada 07 Januari 2013 hingga 31 Mac 2013. Oleh itu pihak sekolah dapat membuat penarafan dengan awal supaya pihak PKG dapat membuat pengesahan sebelum tarikh tersebut.

Penarafan boleh dilakukan di portal BTP Tarantula (http://iqpss.tarantula.my/).

Kerjasama dari pihak sekolah amat diperlukan. jika terdapat permasalahan boleh terus hubungi pihak PKG Masjid Tanah. Sekian Terima Kasih.

Admin PKGMT

Laporan Kerosakan ICT Di Portal STS

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Bermula 16 Januari 2013 hingga tarikh yang akan diberitahu kelak, pihak sekolah yang ingin melaporkan kerosakan ICT, hendaklah melapor di portal STS (http://sts.moe.edu.my).

Pihak sekolah diminta ikuti setiap arahan yang diberikan. jika terdapat sebarang masalah sila hubungi PKG Masjid Tanah.

Sekian terima kasih.

Kemaskini Data I-Nilam

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Tuan/Puan GPM/GPPSS,

Diminta pihak sekolah untuk mengemaskini data i-nilam di nilam.tarantula.my dengan kadar segera kerana pengisian data i-nilam sudah bermula dari bulan Januari hingga hujung tahun 2013

Berikut adalah senarai yang perlu dibuat mengikut turutan
  1. Penetapan kelas bagi 2013
  2. Naik kelas murid sesi 2012 ke 2013
  3. Streaming murid jika perlu (Pindah kelas/Pindah sekolah/Meninggal)
  4. Selesai dan boleh mula mengisi data.
Terima kasih diucapkan kepada sekolah yang telah selesai mengemaskini maklumat di i-nilam

Jika terdapat sebarang kesulitan sila hubungi Mohd Shaifullizan Bin Zainal Abidin, PTP PKG Masjid Tanah di talian 06-384 4567 untuk bantuan atau datang terus ke PKG Masjid Tanah.

Mengemaskini Data GPM dan Pembantu Tadbir Sambilan (AKP) 2013

Sukacita dimaklumkan bahawa Unit PSP, BTPNM sedang mengemaskini data GPM dan AKP 2013. Sehubungan dengan itu tuan/puan diminta mlengkapkan borang secara online yang telah disediakan disini. Surat akan difakskan ke sekolah pada 4 Januari 2013

Borang yang telah diisi dengan lengkap tidak perlu untuk dipos atau faks ke PKG/BTPNM. 

Tuan/Puan diminta untuk melengkapkan borang ini selewat-lewatnya pada 18 Januari 2013 untuk pihak PKG menggabungkan data-data semua sekolah ahli.

Kerjasama tuan/puan untuk sama-sama mengemaskini Data GPM dan AKP amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi Mohd Shaifullizan Bin Zainal Abidin, PTP PKG Masjid Tanah di talian 06-384 4567 atau telefon bimbit 016-786 8463.

Sekian, Terima Kasih

*Klik sini untuk terus ke borang online

Pelancaran Program NILAM Peringkat Sekolah 2013

Salam Sejahtera,

Semua sekolah ahli diminta untuk membuat Pelancaran Program NILAM Peringkat Sekolah untuk tahun 2013. Masa yang ditetapkan ialah bermual pada Januari hingga Februari 2013. Pihak sekolah hendaklah menghantar laporan program tersebut ke PKG Masjid Tanah selewat-lewatnya pada 11 Mac 2013 (Isnin)
Diharap pihak sekolah dapat menjalankan program tersebut dengan jayanya.

Sebarang kesulitan sila hubungi PKG Masjid Tanah di no telefon 06-384 4567

Sekian, Terima Kasih.

muaturun borang laporan pelancaran nilam di sini

Perasmian SK Demang Taha

Pada 27 Disember 2012, SK Demang Taha telah dirasmikan oleh YB Datuk Wira Abu Seman Bin Haji Yusop. Perasmian telah diadakan di Dewan Terbuka SK Demang Taha.

Majlis perasmian ini telah dihadiri oleh ADUN Ayer Limau. pihak Jabatan Pelajaran Melaka, Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah, PKG Masjid Tanah dan ibu bapa murid sekolah berkenaan.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti bacaan doa oleh Imam Surau Taman Seri Aman dan ucapan-ucapan dan juga perasmian oleh YB Datuk Wira Abu Seman. Majlis ini diakhiri dengan jamuan ringan yang disediakan pihak sekolah.







sila klik sini untuk lebih gambar